Masjid Quba merupakan masjid yang pertama dibangunkan oleh Rasulullah SAW. Ia telah dibangunkan di awal peradaban islam iaitu pada 8 Rabiul Awal tahun 1 Hijrah sekitar 622M.
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ أَتَى مَسْجِدَ قُبَاءٍ فَصَلَّى فِيهِ صَلاَةً كَانَ لَهُ كَأَجْرِ عُمْرَةٍ
Maksudnya: “Sesiapa yang bersuci di rumahnya, dan datang ke masjid Quba’ kemudian solat, maka pahalanya seumpama pahala mengerjakan umrah.” (Riwayat Ibn Majah 1412)
Leave a comment