Apakah itu Taqwa?

Sayidina Ali RA berkata: “Taqwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.”

Al-Nasr Abazi Rahimahullah berkata: “Taqwa ialah seorang hamba bertaqwa atau memelihara selain daripada Allah SWT.”

Abu Bakar Muhammad al-Rauzabari Rahimahullah berkata: “Taqwa ialah menjauhi apa yang menjauhimu daripada Tuhan.”

Talaq bin Habib Rahimahullah berkata: “Taqwa ialah amalan dengan dengan ketaatan kepada Allah SWT.”

Abu Hafs Rahimahullah berkata: “Taqwa hanya pada perkara yang halal semata-mata dan bukan yang lain.”

Dikatakan juga, taqwa mempunyai beberapa peringkat: Bagi orang awam, dengan selamat daripada syirik. Bagi orang khusus, dengan selamat daripada maksiat. Bagi wali-wali, dengan selamat bertawassul dengan perbuatan dan bagi Nabi, taqwa dengan selamat, nisbah perbuatan apabila taqwa mereka daripada-Nya kepada-Nya.

Ibn Ataillah Rahimahullah berkata: “Taqwa terbahagi kepada dua, iaitu zahir dan batin. Zahirya ialah dengan menjaga had dan batasan serta batinnya pula dengan niat dan ikhlas.”

Abu al-Husin al-Zanjani Rahimahullah berkata: “Siapa yang bermodalkan hartanya dan taqwa, nescaya beratlah segala lidah daripada mensifatkan baunya.”

Al-Wasiti Rahimahullah berkata: “Taqwa ialah seseorang memelihara dari taqwanya, iaitu dari melihat ketaqwaannya.”

Abdullah bin Mas’ud R.A mengatakan: “Taqwa adalah kamu sentiasa mengingati Allah SWT dan tidak melupakannya, dipatuhi dan tidak diderhakai, disyukuri dan tidak diingkari.”

Berdasarkan takrif di atas, dapat disimpulkan bahawa taqwa boleh menjadikan seseorang melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar, di samping taqarrub (merupakan satu martabat pengabdian yang tinggi, melebihi amalan-amalan biasa yang sewajarnya dilaksanakan oleh setiap hamba) kepada Allah dengan amalan sunat. Kepentingan taqwa amat jelas apabila dinyatakan bahawa manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa.

Artikel Asal: Apakah Itu Takwa?

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑