ASMAUL HUSNA – AL-QAIYYUM (Yang Maha Menyara Hidup) 

Asmaul Husna yang ke-64 ialah Al-Qaiyyum yang membawa erti Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri Yang Sentiasa Menjaga Hamba-Nya. Antara makhluk yang paling istimewa yang sentiasa dijaga oleh Allah SWT ialah manusia. Sejak dari alam roh hingga ke alam dunia, dari baka yang amat seni kepada persenyawaan dalam rahim ibu dan seterusnya dilahirkan ke dunia. Sejak dari alam bayi hingga menjelang dewasa dan tua kemudian menemui kematian. Berpindah ke alam barzah sehingga menjelang hari kebangkitan di Mahsyar. Menuju saat penentuan sama ada tercampak ke neraka atau ke syurga. Tiada satu detikpun dari fasa-fasa yang dilalui oleh manusia itu melainkan dalam penjagaan atau pengawasan Allah SWT.

Oleh kerana Tuhan itu bersifat Al-Qaiyyum, yang sentiasa mengawal hamba-Nya, maka manusia sebagai hamba-Nya juga mempunyai peranan sebagai pengawal. Bukan sahaja mempunyai kewajiban mengawal diri sendiri dari segala sifat-sifat yang buruk, juga menjadi pengawal kepada orang lain terutamanya keluarga yang di bawah tanggungannya dan juga ahli masyarakat. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka…” (At-Tahrim 66:6)

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑