Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H/2023M kini berlangsung selama enam hari bermula pada 11 hingga 16 Jun 2023 bersamaan 22 hingga 27 Zulkaedah 1444H (Ahad hingga Jumaat) di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang.
Seramai 14 orang Qari dan 14 Orang Qariah dan seorang Johan Menunggu Qari akan memperdengarkan bacaan masing-masing manakala hafazan pula bakal menyaksikan seramai 80 orang perserta.
MTHQK 2023 juga turut diserikan lagi dengan persembahan kumpulan Nasyid (Rabbani), para asatizah, pendakwah dan juga beberapa selebriti tanah air.
Saksikan secara langsung saluran TV1 RTM, TV Al-Hijrah, radio-radio milik RTM, radio IKIM FM, WEB TV JAKIM dan di akaun-akaun media sosial rasmi JAKIM.
Sumber: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
Leave a comment