Restoran Cina Muslim Amber menawarkan pelanggan pengalaman menikmati sajian asli China Utara, Laluan Sutera, yang diperbuat daripada resepi tradisional muslim dari kawasan tersebut. Amber pertama kali dibuka di China pada tahun 2009, dan enam tahun kemudiannya Amber melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan pembukaan Restoran Cina Muslim Amber pertama yang bertempat di NEXUS, Bangsar South sekitar bulan Oktober 2015. Restoran ini boleh menempatkan sehingga 250 pelanggan pada satu-satu masa.

Pelbagai jenis hidangan ditawarkan di Amber termasuk hidangan sejuk sebagai pembuka selera, berjenis-jenis masakan panas, hidangan bakar, pastri, dan berjenis mi tarik. Daging kambing dan daging lembu menjadi bahan asas untuk banyak hidangan di restoran ini dan rempah ratus yang digunakan di Amber dibawa masuk khas dari China untuk mengekalkan rasa tradisional yang asli.


Di Amber juga terdapat hidangan kambing bakar yang boleh ditempah dengan harga lebih seribu ringgit! Tetapi jangan khuatir, restoran ini menyediakan lebih 80 jenis masakan yang berbaloi harganya dengan portion yang banyak. Di antara yang popular di sini ialah hidangan mi tarik, toothpick lamb, tulang rusuk lembu, itik panggang serta ayam/sotong a la ’kebab’. Mereka yang gemarkan sayur juga mempunyai banyak pilihan seperti boleh mencuba terung sizzling atau hidangan kentang goreng dicampur kacang yang sangat lazat.


Amber sesuai ditempah untuk kumpulan yang ramai atau jamuan makan malam keluarga/syarikat. Makanannya sedap dan harga juga berbaloi dengan kualiti dan portion hidangannya.


Cawangan Amber lain termasuk di Pusat Membeli-Belah 1 Utama dan KLCC Junction Bangunan LGM yang boleh menampung sehingga 350 orang.
Restoran Cina Muslim Amber (Alamber)
Unit 14, Level 1, Nexus, 7, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Dibuka Setiap Hari: 12 – 6pm
Leave a comment