Sultan Selangor, Permaisuri Berangkat Tunai Haji

21 Jun 2023: DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah Haji pada semalam sehingga 4 Julai 2023.

Pesawat khas yang membawa Baginda berdua dan rombongan berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada jam 3 petang.

Keberangkatan Baginda diiringi YDH Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Anhar Haji Opir; Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Tuan Haji Abdul Karim Maaseng Al-Makki; Pengurus Tabung Haji (TH) Travel and Services, Tuan Haji Syahrimi Ilias serta pegawai-pegawai Istana.


DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Baginda berdua.

Turut hadir, Adinda-Adinda Baginda, Orang Besar Istana, Ahli Dewan di-Raja dan Kerabat Diraja Selangor.

Timbalan Mufti Selangor, Prof. Madya Dr Miszairi Sitiris membacakan doa memohon agar perjalanan DYMM Sultan dan DYMM Tengku Permaisuri diberkati serta dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di Tanah Suci.

Sumber: Selangor Royal Office

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑