Ambil Berat Luar & Dalam

Manusia yang berjiwa bersih mementingkan pakaian yang bersih. Bijak pandai berkata: Apabila pakaian seseorang menjadi kotor, jiwanya akan turut serta (kotor).

Punca kegusaran bagi ramai orang adalah kerana diri yang berserabut, tidak teratur dan tidak menepati masa; bagi yang lain, ianya berpunca daripada tidak tahu menjaga kebersihan diri, memakai pakaian yang tidak bersih, dan mempunyai penampilan yang selekeh.

Alam semesta dicipta berdasarkan aturan. Sebenarnya, untuk benar-benar memahami kedalaman dan kebijaksanaan agama kita, seseorang harus menghargai bahawa ia diturunkan untuk mengatur kehidupan kita dalam semua perkara, kecil dan besar. Segala sesuatu di sisi Allah (SWT) adalah mengikut ukuran. Tirmidzi meriwayatkan hadis berikut yang bermaksud: Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan.

Imam Bukhari meriwayatkan hadis berikut dalam Sahihnya yang bermaksud: “Adalah menjadi hak (kewajipan) seorang Muslim untuk mandi sekurang-kurangnya satu hari dalam setiap tujuh. Di mana, dia membasuh kepala dan badannya.

Ini adalah yang paling kurang. Sebahagian daripada orang-orang  soleh terdahulu  akan mandi sekali sehari, sebagaimana yang telah disampaikan kepada kita tentang Uthman ibn Affan (RA).

“…Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) (Sad 38:42)

Menyimpan janggut, memotong misai, memotong kuku, menggosok gigi, menggunakan minyak wangi, membasuh pakaian, dan secara amnya, menjaga penampilan luaran – ini semua adalah perbuatan hakiki bagi manusia. Melakukan tindakan kebersihan ini membuatkan seseorang berasa elok dan selesa. Disarankan juga memakai pakaian putih, kerana Rasulullah SAW bersabda: “Pakailah pakaian putih, dan jadikanlah ia sebagai kain kafan bagi orang yang meninggal dunia.”

Aturlah janji temu di dalam jurnal atau buku nota kecil, memperuntukkan masa untuk membaca, untuk beribadat, untuk bersenam, dan sebagainya.
“Tiap-tiap satu tempoh dan waktu ada baginya perkara dan hukum yang telah ditentukan oleh “Suratan Azali” (Ar-Ra’d 13: 38)

“Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu.” (Al-Hijr 15: 21)

Di Perpustakaan Kongres tergantung sepanduk besar yang tertulis, “The Universe is Based on Order”.  Ini benar, kerana agama yang diwahyukan Ilahi menuntut ketertiban, organisasi, dan keharmonian dalam tindakan.

Allah SWT memberitahu kita bahawa urusan alam semesta bukanlah berdasarkan main-main dan sembrono, tetapi adalah dengan ketetapan, takdir, ukuran, dan organisasi.

“Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;” (Ar-Rahman 55: 5)

“(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.” (Yasin 36: 40)

“Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.” (Yasin 36: 39)

“Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan ugama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.” (Al-Isra’ 17: 12) 

“…Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Ali ‘Imran 3: 191)

“Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main. Sekiranya Kami hendak mengambil sesuatu untuk hiburan, tentulah Kami akan mengambilnya dari sisi Kami; Kami tidak melakukannya.” (Al-Anbiya’ 21: 16-17)

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”. (At-Taubah 9: 105)

Apabila pesakit mental dibawa bertemu orang-orang bijak di Greece untuk rawatan, mereka telah dipaksa untuk bertani dan berkebun. Dalam masa yang singkat, mereka kembali sihat.

Peniaga yang menggunakan tangan dan kudrat mereka, adalah lebih gembira, santai dan tenang daripada yang lain. Jika anda memerhatikan pekerja buruh, anda akan melihat kekuatan badan dan ketenangan fikiran. Kedua-dua ini adalah kerana kepuasan yang datang dengan pergerakan, senaman, dan kerja.

Dan aku berlindung kepada-Mu (Allah) dari ketidakmampuan dan kemalasan.

Sumber: Don’t Be Sad by Dr A’id Al-Qarni

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑