Taman Bandaran Kelana Jaya merupakan taman yang terbesar dan sangat dikenali di Petaling Jaya. Terdapat 7 tasik di taman ini dan ianya merupakan salah satu tempat yang popular dengan kepelbagaian trek joging di sekeliling tasik.
Selain trek jogging, taman ini dijuga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan-kemudahan lain untuk pengunjung beriadah seperti alat senaman serta skate park. Pengunjung juga boleh memancing di taman ini dengan mendapatkan permit daripada MBPJ.
Teks: MBPJ
Leave a comment