Khutbah Arafah 1444H: Umat Yang Satu

9 Zulhijjah 1444h 

.اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ الْإِيْمَانِ وَالْإِسْلَامِ. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ خَيْرِ الْأَنَامِ. وَعَلٰى اٰلِهِ وَأَصْحَابِهِ الْكِرَامِ

أَشْهَدُ أَنْ لَا اِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ الْمَلِكُ الْقُدُّوْسُ السَّلَامُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا وَحَبِيْبَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ صَاحِبُ الشَّرَفِ وَالْإِحْتِرَامِ

.أَمَّا بَعْدُ

.فَيَا ضُيُوْفَ الرَّحْمَن أُوْصِيْكُمْ وَنَفْسِيْ بِتَقْوَى اللَّهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

:اِتَّقُوْا اللَّه، وَاعْمَلُوْا الصَّالِحَاتِ وَاجْتَنِبُوْا الْمُنْكَرَاتِ وَاذْكُرُوْا اللَّهَ فِي اَيَّامٍ مَعْلُوْمَتِ وَاشْكُرُوْا وَاَكثِرُوا التَّلْبِيَّة

,لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ

.إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

:قَالَ اللَّهُ تَعَالَى

ٱلۡحَجُّ أَشۡهُرٞ مَّعۡلُومَٰتٞۚ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ ٱلۡحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي ٱلۡحَجِّۗ وَمَا تَفۡعَلُواْ مِنۡ خَيۡرٖ يَعۡلَمۡهُ ٱللَّهُۗ وَتَزَوَّدُواْ فَإِنَّ خَيۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُونِ يَٰٓأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ

(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).”  

(Al-Baqarah 2:197)

Wahai Para Tetamu Allah Yang Saya Kasihi Sekalian,

1. Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Segala puji dan puja kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana pada hari ini, dan pada waktu ini, kita terpilih untuk berada di tanah suci ini bagi melaksanakan Rukun Islam yang kelima.

2. Hari ini mata kita menyaksikan, telinga kita mendengar dan jiwa kita merasai akan hakikat pengorbanan bagi menunaikan haji dalam keadaan kita berwukuf di Bumi Arafah ini.

3. Bersyukurlah kita, kerana dalam kalangan berbilion umat Islam di seluruh dunia ini, kita dipilih menjadi tetamu Allah dan dapat menunaikan ibadah wukuf di Arafah yang merupakan puncak bagi ibadah haji. Kita datang menyahut seruan Allah SWT dengan sepenuh iman dan takwa. Kita tinggalkan ahli keluarga di tanah air, datang ke sini atas tanda pengabdian kita kepada Allah SWT.

4. Sedarkah kita, ada sahabat-sahabat kita yang sihat tubuh badannya, tetapi belum mampu dari segi kewangan. Ada pula yang mampu dari segi kewangan, tetapi tiada kemampuan dari segi kesihatan.

5. Maka, bersyukurlah kepada Allah SWT atas nikmat dan anugerah yang sangat besar ini. Inilah yang selayaknya kita lafazkan kepada Allah Azza wa Jalla.

Tetamu Allah Yang Dimuliakan Sekalian,

6. Kita adalah hamba Allah yang berlumur dosa. Sama ada dosa yang kita lakukan itu secara tersembunyi atau terbuka. Tetapi Allah tetap mengasihi dan menyayangi kita, pintu taubat sentiasa terbuka, memberi peluang untuk memohon keampunan dosa.

7. Alhamdulillah, Allah menjemput kita untuk datang ke tanah suci bagi menunaikan haji pada tahun ini. Datang dengan jiwa yang menginsafi diri, bertalbiah sepenuh hati:

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ

إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

Kami datang menyahut seruanmu Ya Allah,

Kami datang menyahut seruanmu Ya Allah,

Kami datang menyahut seruanmu Ya Allah,

Tiada sekutu bagi mu Ya Allah,

Sesungguhnya segala pujian, dan segala nikmat

Dan segala kekuasaan adalah milik Mu Wahai Allah

Tidak ada sekutu bagi Mu

8. Dalam momentum ibadah haji ini, menginsafi akan kekurangan dan kelemahan diri sebagai hamba. Saya menyeru kepada semua  tidak kira siapa pun kita  untuk meninggalkan sikap keakuan, iaitu dengan menyerahkan sepenuh keabdian dan ketaatan hanya kepada Allah Azza wa Jalla.

9. Bersikap rendah dirilah sesama kita. Buangkan sifat takabbur yang bersarang dalam diri. Jangan berasa diri kita lebih baik, lebih mulia dan lebih besar berbanding orang lain. Ingatlah bahawa sikap keakuan inilah yang telah mencampakkan iblis dan syaitan menjadi makhluk-Nya yang ingkar ketika disuruh untuk sujud kepada Nabi Adam AS.

10. Lihatlah pada diri kita ketika ini. Dengan hanya memakai dua kain putih yang menjadi simbol ketidakmampuan dan penyerahan diri kepada Allah SWT.

11. Ia merupakan lambang kesamarataan kita di hadapan Allah SWT. Harta, jawatan, rupa paras bukanlah kelebihan yang menjadi ukuran tetapi hanya ketakwaan jua yang dilihat oleh Allah SWT.

12- Ingatlah pesanan Nabi Muhammad SAW melalui sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA:

” إِنَّ اللهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَ أَمْوَالِكُمْ وَ لَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوْبِكُمْ وَ أَعْمَالِكُمْ “

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras kamu, juga tidak kepada harta kamu, akan tetapi Dia melihat kepada hati dan amal kamu”. (Hadis Riwayat Imam Muslim)

,لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ

.إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

Wahai Para Tetamu Allah Sekalian,

13. Dalam kesempatan berada di Bumi Arafah yang sangat mulia lagi mustajab ini, saya ingin mengajak diri saya dan khalayak para tetamu Allah sekalian untuk sama-sama kita mendengar dan merenungi wasiat terakhir Rasulullah SAW dalam Khutbah al-Wada yang dibacakan di Wadi Uranah di hadapan ratusan ribu jiwa manusia pada Hari Jumaat, tanggal 9 Zulhijjah, tahun Ke-10 Hijrah. Dengarlah wahai saudaraku sekalian dan ingatlah baik-baik bingkisan dari khutbah terakhir Baginda SAW ini.

14. Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah RA, bahawasanya Nabi SAW bersabda:

“Wahai manusia! Sila dengar apa yang bakal aku perkatakan ini. Aku tidak tahu apakah akan dapat lagi aku bersamamu semua lagi selepas ini, di tempat ini, selepas tahun ini selamanya”.

15. Sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan dirimu telah terpelihara (yakni diharamkan untuk sesiapa pun mengkhianatinya) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan di Bandar ini (yakni Makkah dan sekitarnya).

16. Sesiapa yang memegang amanah maka hendaklah dikembalikan amanah tersebut kepada tuannya. Ingatlah segala amalan jahiliyah telah berada di bawah tapak kakiku (yakni telah dihapuskan) Tuntutan hutang darah pada zaman jahiliyyah (yakni sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah yang pertama telahku batalkan ialah darah Ibn Rabiah bin al-Haris yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.

Wahai Dhuyufurrahman Yang Dimuliakan Allah Sekalian,

17. Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang diterima oleh Abbas bin Abdul Mutallib. Sesungguhnya ia dihapuskan semuanya secara keseluruhannya.

18. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT dalam urusan berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka, tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadap kamu, maka wajib bagi kamu menjaga makan dan pakai mereka dengan baik.

19. Janganlah kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku dengan sebahagian dari kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kepada kamu satu panduan, jika kamu berpegang kepadanya dan ajarannya maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.

20. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar aku menyembah Allah SWT, Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada Bulan Ramadan dan mengeluarkan zakat hartamu dengan penuh kerelaan.

21. Kerjakanlah jua haji ke Rumah Suci Tuhanmu (yakni Kaabah) dan dengan itu kamu bakal menghuni syurga Tuhanmu.

22. Tuhan kamu adalah Esa. Datuk kamu pula satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah. Orang yang terbaik dalam kalangan kamu ialah mereka yang paling bertakwa kepada Allah SWT. Tidak ada kelebihan bagi Bangsa Arab atau bangsa lain kecuali dengan takwa.

23. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada ahli waris penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan anaknya yang sebenar, juga akan menerima laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia.

24. Nabi SAW mengakhiri khutbahnya dengan berkata:

“Kemudian kamu semua bakal ditanya tentang diriku, maka apakah yang bakal kamu perkatakan? Kami menjawab: Kami bersaksi bahawasanya Tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu”.

25. Lantas Baginda SAW mengangkat tangannya ke langit seraya menurunkannya ke arah orang ramai lalu berkata sebanyak tiga kali: “Ya Allah! Saksikanlah”.

,لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ

.إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

Wahai Para Tetamu Allah Sekalian,

26. Marilah kita terus meningkatkan amal ibadah seperti berzikir, membaca al-Quran dan sebagainya sementara keberadaan kita di sini.

27. Paling penting, sekembalinya kita nanti, kita pulang dengan semangat baharu untuk terus istiqamah menjadi hamba-Nya yang bertakwa, dan menjalani lembaran hidup baharu yang suci dari dosa dan noda.

28. Bersegeralah memohon keampunan dan keredhaan Allah SWT. Waktu-waktu mustajab yang ada ini janganlah dipersiakan dan dibiarkan berlalu pergi.

29. Selagi nadi kita masih berdenyut, nyawa kita masih ada. Pohonlah keampunan kepada-Nya. Jika ditakdirkan kita dijemput Ilahi sekalipun, kita pergi dalam keadaan berguguran dosa-dosa kita.

30. Pohonlah keampunan buat ibu dan ayah kita baik yang masih hidup atau meninggal dunia. Mudah-mudahan daripada kita anak-anak yang soleh di Bumi Arafah ini, Allah akan memberikan keampunan kepada ibu dan ayah kita. 

31. Mengadulah kepada Allah. Mohonlah kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh dan bermunajatlah kepada-Nya dengan sebenar-benar pengharapan. Menangislah di hadapan-Nya dengan air mata keinsafan dan dan penyesalan yang datang dari taubat yang tulus dari hati. Semoga Allah SWT mengampunkan kita semua dan mendapat haji yang mabrur dan diterima di sisi Allah SWT.

32. Sabda Rasulullah SAW:

الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ

Maksudnya: “Tempoh waktu antara satu umrah dengan umrah yang seterusnya merupakan penghapus dosa, dan haji yang mabrur akan menatijahkan balasan syurga”.

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 200-201:

فَإِذَا قَضَيۡتُم مَّنَٰسِكَكُمۡ فَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ كَذِكۡرِكُمۡ ءَابَآءَكُمۡ أَوۡ أَشَدَّ ذِكۡرٗاۗ فَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي ٱلدُّنۡيَا وَمَا لَهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنۡ خَلَٰقٖ {٢٠٠}

وَمِنۡهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٗ وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِ حَسَنَةٗ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ   { ٢٠١ }

Maksudnya: “Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkan-Nya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia”. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat. Dan antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الْآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّيْ وَمِنْكُمْ تِلَاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ

KHUTBAH KEDUA | 1444H/2023M

الحَمْدُ للهِ القَائِل في كِتَابهِ الكَرِيْمِ وهُوَ أَصْدَقُ القَائِلِيْنَ  وَأَتِمُّوْا الحَجَّ والعُمْرَةَ للهِ أشْهَدُ أَنْ لا إلهَ إلا اللهَ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , المَلِكُ الحَقُّ المُبِيْنُ , وَأشْهَدُ أنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ المَبْعُوْثُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ , اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ القَائِلِ فِي حَدِيْثِ الشَرِيْفِ  “ خُذُوْا عَنِّي مَنَاسِكَكُمْ “ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإحْسَانٍ إلى يَوْمِ الدِيْنِ

,قَالَ تَعَالَى : يَأيُّهَا الذِيْنَ آمَنُوْا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

,أَمَّا بَعْدُ , فيا إخْوَانِي الأَعِزَّاء

اللهم اغفرلنا ولوالدينا ولجَمِيْعِ المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات

إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعْوَاتِ . اللَّهُمَّ أَصْلِحْ آئِمَّتَنَا وأُمَّتَنَا وقُضَاتَنَا وعُلَمَاءَنَا ومَشَائِخَنَا صَلَاحًا تَامًّا عَامًّا . واجْعَلْنَا مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ وأَدْخِلْنَا في زُمْرَةِ الأَتْقِيَاءِ السَالِمِيْنَ الفَائِزِيْنَ في الدَارَيْنِ, آمِيْنَ  يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

اللَّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ الدِّيْنَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ الدِّيْنَ. اللَّهُمَّ أهْلِكْ أَعْدَاءَ الدِّيْنَ وأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِ المُؤْمِنِيْنَ اللَّهُمَّ اكْفِنَا شَرَّ الظَالِمِيْنَ وَاكْفِنَا شَرَّ الحَاسِدِيْنَ . وأعلى يا رَبَّنَا دِيْنَكَ أَعْلَى عِلِّيِيْنَ , اللَّهُمَّ اجْعَلْ سَائِرَ بُلْدَانِ المُسْلِمِيْنَ لَا سِيَّمَا بِلَادَنَا مَالِيزِيَا آمِنَةً مُطْمَئِنَّةً سَخِيَّةً رَخِيَّةً أجْمَعِيْنَ , اللَّهُمَّ اجْعَلْ حَجَّنَا حَجًّا مَبْرُورًا وسَعْيًا مَشْكُورًا وذَنْبًا مَغْفُورًا وعَمَلًا صَالِحًا مَقْبُولًا وتِجَارَةً لَنْ تَبُور , آمِيْنَ يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

,عِبَادَ الله

إنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ والإحْسَانِ وإيْتَآءِ ذِيْ القُرْبَى ويَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ والمُنْكَرِ والبَغْيِ , يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ , فَاذْكُرُوا اللهَ العَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ واشْكُرُوهُ على نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ , واسْأَلُوهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ولَذِكْرُ اللهِ أكْبَرُ واللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُون

#MenteriAgama #KerajaanPerpaduan #MalaysiaMadani #PelanAlFalah

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑