Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Sarawak Paling Popular Di Kalangan Pelancong Tempatan

Pada tahun 2022, jumlah ketibaan pelawat domestik di Malaysia telah meningkat 160.1 peratus untuk mencatatkan 171.6 juta pelawat berbanding 66.0 juta pelawat tahun sebelumnya.

Selangor merupakan negeri yang paling popular dikunjungi pelawat domestik pada 2022, merekodkan 22.0 juta pelawat, diikuti W.P Kuala Lumpur dan Sarawak masing-masing menerima 16.9 juta, dan 15.5 juta pelawat domestik.

Dari segi volum jumlah perjalanan pelancongan, bilangan perjalanan meningkat daripada 72.4 juta perjalanan pada 2022 kepada 207.8 juta perjalanan dengan pertumbuhan sebanyak 187.0 peratus. Sementara itu, perbelanjaan pelancongan domestik pada 2022 meningkat 248.1 peratus dengan mencatatkan RM64.1 bilion (2021: RM18.4 bilion).

Pada 2022 juga, membeli-belah mencatatkan sumbangan tertinggi daripada jumlah perbelanjaan dengan sumbangan sebanyak 38.9 peratus (2021: 50.3%), diikuti oleh makanan & minuman, 15.2 peratus (2021: 15.1%), dan penggunaan bahan api kenderaan, 13.8 peratus (2021: 11.1%).

Klik SINI untuk laporan penuh

Sumber: Portal DOSM

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑