Mymuslimin mengucapkan Salam EidulAdha kepada semua umat Islam di Malaysia dan di mana sahaja anda sekalian berada. Marilah kita semua berdoa agar diberi kefahaman yang mendalam tentang erti pengorbanan seperti yang telah dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS. Sesungguhnya setiap pengorbanan perlu disertai keikhlasan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Semoga di EidulAdha ini kita semua mendapat kejayaan, kerahmatan dan limpah kurnia Allah yang Maha Esa. Amin ya rabbal alamin.
Salam EidulAdha, 1444H
Leave a comment