28 Jun 2023: DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 1444 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Negeri Selangor.
Di hari mulia ini, Baginda berkenan mengingatkan bahawa Aidiladha mengajar kita agar mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T. dan sanggup berkorban untuk membantu yang miskin serta menginsafi nasib golongan yang lebih daif.
Baginda berdua yang kini sedang menyempurnakan ibadah rukun Islam yang kelima di Tanah Suci Mekkah Al-Mukarramah, menyeru umat Islam agar bersama-sama menyempurnakan tugas dan tanggungjawab sebagai orang Islam yang patuh kepada ajaran Allah S.W.T. dengan merapatkan ukhwah dan mempererat hubungan silaturahim.
Baginda turut berdoa agar jemaah Haji Malaysia di Tanah Suci dapat melakukan ibadah mereka dengan sempurna dan dikurniakan Haji yang mabrur seterusnya kembali ke tanah air dengan selamat.
Semoga pengalaman mengerjakan ibadah Haji dapat dimanfaatkan agar menjadi insan yang lebih tawadduk serta mampu memperkukuh dan meningkatkan tahap keimanan dalam diri.
Selamat Hari Raya Aidiladha
Sumber: Selangor Royal Office
Leave a comment