Rakyat Selangor dan Johor Paling Ramai Bersenam

Seramai 8.7 juta rakyat Malaysia melibatkan diri dalam aktiviti sukan atau senaman. Aktiviti tersebut adalah termasuk brisk walking, berlari, rekreasi, berbasikal, berenang, aktiviti gimnasium, zumba/ aerobik, taichi/yoga, e-Sport, sukan lasak dan lain-lain.

Rakyat Selangor dan Johor Penduduk Paling Aktif

Ini adalah hasil bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melibatkan 16.1 juta responden yang menjawab soalan kecergasan Banci Malaysia 2020.

Menurut DOSM, magnitud angka 8.7 juta itu menunjukkan usaha kolektif ke arah mengutamakan kesejahteraan diri dan mengamalkan gaya hidup aktif.

Selangor dan Johor adalah dua negeri dengan jumlah penglibatan penduduk dalam aktiviti yang melebihi1 juta orang, masing-masing iaitu 1.3 juta dan 1.2 juta. Kedua-dua negeri menyumbang 2.5 juta atau 28.5 peratus daripada 8.7 juta penduduk yang menjalankan aktiviti.

Rekreasi dan Brisk Walking menjadi aktiviti sukan pilihan rakyat Malaysia

Daripada 10 aktiviti sukan atau senaman yang disenaraikan dalam soal selidik, responden boleh memilih satu atau lebih sebagai aktiviti pilihan mereka.

Berdasarkan penemuan menunjukkan 62.4 peratus daripada 8.7 juta penduduk aktif pada 2020 telah melakukan sekurang-kurangnya satu aktiviti fizikal, 22.8 peratus terlibat dalam dua aktiviti dan 14.8 peratus melakukan tiga aktiviti dan lebih.

Ramai juga penduduk Malaysia yang gemar berzumba

Rekreasi (4.2 juta orang), brisk walking (2.8 juta orang) dan berlari (2.1 juta orang) adalah aktiviti yang paling digemari yang menarik sebilangan besar peminat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sumber Data: Department of Statistics, Malaysia (DOSM)

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑