Oleh Mymuslimin.com
Dahulunya dikenali sebagai Halal Duck Co. kini telah ditukar nama ke Flyen Duck Co., restoran ini menghidangkan sajian itik panggang gaya Hong Kong yang halal dan sedap!

Di Flyen Duck Co., anda boleh memilih untuk memesan itik sahaja atau hidangan itik dengan nasi yang datang dalam bentuk set. Harga bahagian atas (kepak dan dada) dan bawah (peha) itik berbeza, nak order seekor itik juga tiada masalah!


Menu set pula datang dengan nasi a ala nasi ayam/nasi minyak, itik panggang, sup bebola ikan, taugeh bawang putih dan beberapa hirisan timun. Nasinya sedap berperisa, bukan seperti nasi ayam tetapi mungkin dimasak bersama rempah perapan itik. Hidangan itik di Flyen lembut, tidak hamis, dan tentu sekali lazat!
Terdapat beberapa sos tersedia di atas meja sebagai pilihan untuk dipadankan dengan hidangan itik termasuk sos cili nasi ayam, sambal goreng cili kering, sos itik dan kicap. Untuk peminat itik seperti kami ini, berbaloi-baloi makan di sini kerana rasanya yang sedap serta harganya juga berpatutan.


Menurut penjelasan yang ditampal di restoran mereka, nama Halal Duck Co. tidak boleh didaftarkan kerana halal ialah perkataan generik. Walaupun itiknya tergantung-gantung, janganlah digusarkan tentang status halal restoran ini. Flyen Duck Co. sememangnya halal dan pemiliknya menegaskannya berkali-kali dengan menampal logo halal bukan sahaja di hadapan kedai, malah sebesar-besar logo telah ditampal di kaunter cashier.

Penggemar itik di sekitar Lembah Klang, bolehlah hadirkan diri anda ke Flyen Duck Co. untuk mencuba hidangan nasi itik di sini.
P/S: Selain itik, hidangan ayam juga disediakan.
Flyen Duck Co.
F-G-03, Jalan Vita 1, Plaza Crystalville, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor
Setiap Hari: 10 pagi – 9 malam
Leave a comment