Asmaul Husna yang ke-67 ialah Al-Wahidul Ahadu iaitu Tuhan Yang Maha Esa. Tiada tandingan dan bandingan bagi Zat Allah SWT Yang Maha Esa. Di pihak hamba-Nya pula Tuhan kurniakan hati, walaupun hati itu boleh merasai pelbagai suasana, tetapi hati mempunyai tugas utama dari segi mengesakan Allah SWT dengan sebulat hati. Hati mesti dididik atau ditarbiah supaya tekad mengasihi Allah SWT.
Manusia mudah jatuh hati dengan keindahan dunia, mengasihi isteri atau suami dan anak-anak serta harta kekayaan. Tetapi cara menyayangi semua itu jangan bercanggah dengan kehendak Allah SWT. Ini kerana semua yang dikurniakan Allah SWT kepada manusia hanyalah alat untuk berbakti kepada-Nya. Alat tetap berperanan sebagai alat dan tidak mungkin menjadi matlamat.
Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Leave a comment