Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1445H/2023M pada 26 Julai 2023 (Rabu) bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Beberapa acara menarik diatur seperti Persembahan Khas Ma’al Hijrah, Forum Bual Bicara, dan Penyampaian Anugerah Tokoh Utama Dan Anugerah Khas Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1445H.
Perasmian Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1445H/ 2023M akan disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara.
Leave a comment