18 Julai 2023 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menyempurnakan majlis bacaan doa akhir tahun Hijrah 1444 dan awal tahun Hijrah 1445 di Surau Utama Istana Negara, hari ini.
Majlis bacaan doa tersebut dipimpin oleh Pegawai Agama Istana Negara YBhg. Datuk Haji Munir bin Haji Md Salleh, disusuli Solat Maghrib yang diimamkan oleh Penolong Pegawai Agama Istana Negara Ustaz Mohd Zuhairee bin Mohd Yatim.
Majlis juga dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Istana Negara.
Usai menunaikan solat Maghrib, Seri Paduka Baginda berkenan bersalaman dan beramah mesra dengan jemaah.
Sumber: Istana Negara
Leave a comment