12 Syarikat Korporat Serah Zakat Perniagaan kepada MAINS

Sebanyak 12 buah syarikat telah menyerahkan zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bertempat di Hotel Royale Chulan, Seremban pada 18 Julai 2023 lepas. 

Kesemua 12 buah syarikat korporat ini dan jumlah zakat masing-masing adalah Lembaga Tabung Haji dengan jumlah RM3,714,815.44, Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd. dengan jumlah RM857,545.50, Etiqa Takaful dengan jumlah RM770,000.00, Maybank Islamic Berhad dengan jumlah RM361,198.12, Bank Islam Malaysia Berhad dengan jumlah RM 270,000.00, Bank Mualamat Malaysia Berhad dengan jumlah RM233,072.68, Takaful Malaysia dengan jumlah RM200,000.00, Bina Masyur Sdn. Bhd. dengan jumlah RM181,564.80, Sime Darby Property Berhad dengan jumlah RM100,000.00, Selia Selenggara Engineering Sdn. Bhd. dengan jumlah RM95,025.90, Gemencheh Granite Sdn. Bhd. dengan jumlah RM81,932.57 dan Koperasi Pekebun Kecil Negeri Sembilan dengan jumlah RM43,814.88.

Akad telah disempurnakan oleh Pengerusi MAINS, Dato’ Seri Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir.

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑