Oleh Mymuslimin.com
Kata pinjaman ialah perkataan yang diterima pakai daripada bahasa asing dengan sedikit atau tiada pengubahsuaian. Sebilangan besar perkataan Inggeris yang berasal dari bahasa Arab berpunca daripada perdagangan antarabangsa, penaklukan, penerokaan dan penghijrahan. Kali ini Mymuslimin.com membawakan 12 perkataan Inggeris yang berasal dari perkataan Arab untuk menambah pengetahuan am kita semua.
Candy (قندي)

Candy ialah perkataan dari Parsi yang membawa maksud “gula-gula keras yang dibuat dengan merebus gula tebu”. Qandī (قندي) bermaksud bergula. Gula tebu telag berkembang di India purba dan Qand Parsi zaman pertengahan yuang bermaksud “gula tebu” dipercayai berasal dari bahasa Sanskrit. Orang Arab zaman pertengahan menanam tumbuhan itu dengan pengairan buatan dan mengeksport beberapa produk ke orang Latin. Perkataan ‘candy’ memasuki semua bahasa Eropah Barat pada abad pertengahan.
Alkohol (الكُحُـــــــــول)
Perkataan alkohol berasal daripada perkataan Arab al kohl (الكُحُـــــــــول) yang maksud asalnya kohl ialah serbuk yang digunakan sebagai celak di sekeliling mata. Tidak jelas bagaimana perkataan ini membawa maksud minuman. Selepas perkataan alkohol memasuki bahasa Inggeris, merujuk kepada serbuk yang dihasilkan daripada pemejalwapan mineral semula jadi dan kemudiannya diubah untuk merujuk kepada apabila bahan-bahan itu disucikan untuk mencipta etanol, sejenis alkohol yang boleh diminum.
Algebra (الجبــر)

Algebra atau bahasa Arabnya (al-jabr) bermaksud ‘penyatuan semula bahagian yang patah’, kajian tentang pembolehubah dan peraturan untuk memanipulasi pembolehubah ini dalam formula, benang penyatuan daripada hampir semua matematik.
Coffee (قهوة)

Setelah berabad-abad lamanya warga Eropah menghina kopi sebagai “wain orang kafir”, lihatlah sekarang bagaimana mereka berbondong-bondong meminum kopi di kafe, Starbucks, Costa Coffee dan sebagainya! Walaupun terdapat pelbagai kisah penemuan biji kopi, yang paling terkenal ialah biji kopi ditemui di kawasan Oromo di Ethiopia. Bagaimanapun, negara lain, Yaman, adalah negara pertama yang mengeksport kopi secara meluas. Bahasa Arab dituturkan secara meluas di Yaman dan perkataan Arab untuk kopi ialah qahwah, yang pada asalnya bermaksud “arak.” Ironik sekali.
Cotton (قُطْـــــــــن)

Qutn (قطن) atau qutun bermaksud kapas. Ini adalah perkataan biasa untuk kapas dalam bahasa Arab zaman pertengahan. Perkataan itu memasuki bahasa Rom pada pertengahan abad ke-12 dan mula digunakan di dalam bahasa Inggeris seabad kemudian. Kain kapas diketahui oleh orang Rom kuno sebagai import tetapi kapas bukan barang biasa di negara berbahasa Roman sehingga import dari tanah Arab pada zaman pertengahan pada harga yang lebih rendah.
Sofa (الصُفــــــــة)

Sofa, pelantar atau pelamin rendah. Bahasa Arab telah diterima pakai ke dalam bahasa Turki, dan dari bahasa Turki ia memasuki bahasa Barat pada abad ke-16 yang secara khusus mendefinisikan pelamin gaya Timur Tengah dengan permaidani dan kusyen. Makna gaya Barat —sofa dengan kaki — bermula dalam bahasa Perancis akhir abad ke-17.
Talcum (التلك)

Sekitar 1580-an, perkataan talke/talc muncul di Perancis pada kurun ke 16, mungkin diambil daripada talco Sepanyol dan talcus Latin di Abad Pertengahan dan juga talcum “talc” pada awal kurun ke-14c. Namun, semuanya berasal daripada perkataan talq Arab/Parsi. Perkataan ini digunakan oleh penulis Arab dan zaman pertengahan untuk merujuk kepada beraneka mineral telus, lut sinar dan bersinar.
Lemon (ليمون)

Terdapat beberapa kisah tentang asal usul lemon. Sesetengah pakar mengatakan lemon berasal dari India, manakala yang lain mengatakan China, dan beberapa rekod lain menunjukkan bahawa pedagang Arab pada asalnya yang membawa limau dari India ke Timur Tengah. Penanaman lemon diperkenalkan ke rantau Mediterranean oleh orang Arab pada era pertengahan pertengahan. Ibn al-‘Awwam membezakan sepuluh jenis buah sitrus yang ditanam di Andalusia dan mengeja limau sebagai اللامون al-lāmūn pada akhir abad ke-12. Lemon kemudiannya menembusi Sepanyol, dan tersebar ke seluruh Eropah, dan lemon memasuki bahasa Perancis, dan dipanggil limon.
Earth (أرض)

Perkataan Earth ialah أرض dalam bahasa Arab yang merujuk kepada planet yang kita diami. Persamaan dalam sebutan mungkin disebabkan oleh fakta bahawa perkataan Arab أرض berasal daripada akar bahasa semitik “ar-d,” yang juga menjadi asas kepada perkataan “Earth” dalam bahasa Inggeris. Semasa membaca Al-Quran, tentu sekali kita akan bertembung dengan perkataan أرض ini.
Serendipity (سرنديب)
Serendib ialah sebuah tempat/negeri di dalam dongeng purba. Dongeng ini muncul dalam kisah ‘Seribu Satu Malam’ dan tradisi lisan kuno yang lain. Ia juga merupakan nama Arab lama untuk pulau Sri Lanka. Perkataan Inggeris serendipity, yang bermaksud penemuan yang bertuah, dicipta oleh pengarang Inggeris Horace Walpole pada tahun 1754.
Sugar (سكّر)

Perkataan bahasa Inggeris ‘sugar’ asalnya dari perkataan Arab سكّر. Ianya satu lagi perkataan untuk mengembara Laluan Sutera ialah gula, yang pada asalnya dihasilkan di India. Menjelang abad keenam, penanaman tebu telah sampai ke Parsi, dan dibawa ke Mediterranean oleh orang Arab, yang menghasilkan gula secara meluas.
Jar (جرة)

Jarra (جرّة) ialah bekas tegak yang diperbuat daripada tembikar. Rekod perkataan jar yang pertama dalam bahasa Inggeris adalah pada 1418 dan 1421, digunakan bekas minyak zaitun. Jarra Arab telah digunakan pada abad-abad awal sebelum itu. Bagi perkataan Arab dan Sepanyol zaman pertengahan, dan juga untuk bahasa Inggeris awal, balang biasa adalah jauh lebih besar berbanding balang biasa yang dirujuk di dalam bahasa Inggeris hari ini.
Leave a comment