15 Fakta Tentang Al-Quran

Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ هٰذَا الْقُرْآنَ مَأْدُبَةُ اللهِ فَتَعَلَّمُوْا مَأْدُبَةَ اللهِ مَااسْتَطَعْـتُمْ. إِنَّ هٰذَاالْقُرْآنَ حَبْلُ اللهِ الْمَتِيْنِ وَنُوْرٌ مُبِيْنٌ وَشِفَاءٌ نَافِعٌ وَعِصْمَةٌ لِمَنْ تَمَسَّكَ بِهِ وَمَنْجَاةٌ لِمَنِ اتَّبَعَهُ لاَيَعْوَجُ فَيُقَوَّمُ وَلاَيَزِيْغُ فَيَسْتَعْـتِبَ وَلاَتَنْقَضِى عَجَائِـبُهُ وَلَمْ يَخْلَقْ عَنْ كَثْرَةِ التِّرْدَادِ أُتْلُوْهُ فَإِنَّ اللهَ تَعَالىَ يَأْجُرُكُمْ عَلَى تِلاَوَتِهِ بِكُلِّ حَرْفٍ عَشْرُ حَسَـنَاتٍ أَمَا إِنِّيْ لاَأَقُوْلُ آلمۤ عَشَرَةٌ وَلـٰـكِنَّ اْلأَلِفَ عَشَرَةٌ وَاللاَّمَ عَشَرَةٌ وَالْمِيْمَ عَشَرَةٌ

Maksudnya“Al-Quran ini adakah hidangan Allah. Oleh itu hadaplah hidangan Allah ini sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. Bacalah kerana Allah, kerana ia akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran. Saya tidak katakan Alam Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif (1 huruf) dan Laam (1 huruf) dan Miim (1 huruf).”

(Riwayat al-Hakim)

Disenaraikan 15 Fakta Tentang Al-Quran, Kalam Allah, Penyuluh Kehidupan

1.Al-Quran juga mempunyai beberapa nama lain, iaitu: Al-Huda (Petunjuk), Al-Dzikr (Peringatan), Al-Furqan (Penilaian yang benar dan salah), Al-Syifa (Yang Menyembuhkan), Al-Mau`iza (Nasihat), Al-Rahmah (Yang Rahmat), Al-Nur (Yang Terang), Al-Haqha (Kebenaran) dan Al-Burhaan (Bukti Kebenaran).

    2. Mengandungi 30 juzuk, 114 surah, 6,236 ayat, 99,464 perkataan yang terdiri daripada 330,113 huruf.

    3. Al-Quran diturunkan selama 23 years: 13 tahun di Kota Mekah dan 10 tahun di Kota Madinah.

    4. Surah terpanjang dalam Al-Quran ialah Al-Baqarah manakala Al-Khawthar yang terpendek.

    5. Maksud literal Al-Quran ialah “yang sedang dibaca”

    6. 25 Nabi disebut di dalam Al-Quran

    7. Ayat paling panjang ialah ayat 282 surah Al-Baqarah menyentuh tentang hutang.

    8. Ayat terpendek ialah ayat 62 surah Al-Rahman tentang syurga.

    9. Surah pertama Al- Quran ialah Surah Al-Fatihah dikenali sebagai Ibu Kitab (Ummul Kitab) atau Ibu Quran (Ummul Quran).

    10. Surah Yasin ialah jantung Al-Quran.

    11. Perkataan lelaki dan perempuan telah muncul saksama iaitu 24 kali.

    12. 31 jenis binatang disebut di dalam Al-Quran.

    13. Al-Quran mendedahkan bahawa penciptaan semua makhluk hidup itu bermula dari air. “Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” (Al-Anbiya’ 21:30)

    14. Nama nabi yang paling kerap disebut di dalam Al-Quran ialah Nabi Musa, 136 kali dan Nabi Muhammad disebut 4 kali.

    15. Surah yang paling banyak menyatakan nikmat Ilahi – Surah al-Nahl, surah ke 16.

    Leave a comment

    Blog at WordPress.com.

    Up ↑