ASMAUL HUSNA – AL-MUQTADIRU (Yang Maha Berkuasa Menentukan)

Asmaul Husna yang ke-70 ialah Al-Muqtadiru yang bermaksud Tuhan Yang Maha Menentukan dan Menunjukkan Kuasa. Allah SWT yang merancang dan menetapkan segala sesuatu yang berlaku di alam ini. Apa jua kejadian telah ditentukan dan dirancang oleh Allah SWT dalam keadaan yang sempurna dan rapi. Tiada sesuatupun yang dijadikan oleh Allah SWT yang sia-sia, malah semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

Orang-orang yang beriman sudah sepatutnya mengambil pengajaran daripada sifat Allah SWT yang Al-Muqtadiru itu. Mereka mesti mempunyai perancangan yang baik dan tersusun dalam setiap kerja yang dilakukan. Mereka bukan sahaja mengatur dan merancang segala tindakan demi mencapai kejayaan yang cemerlang di dunia ini, tetapi apa yang lebih utama ialah gemilang di akhirat. 

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑