Motivasi Diri: Janganlah Bersedih Kerana Kekurangan Rezeki

Sesungguhnya yang memberi rezeki ialah Allah SWT semata. Dia telah menjamin bahawa apa sahaja rezeki yang Dia tulis untuk hamba-hamba-Nya akan sampai kepada mereka.

Allah SWT berfirman yang maksudnya: Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.

(Adz-Dzariyat 51:22)

Oleh kerana Allah SWT jualah yang memberi rezeki kepada semua makhluk, mengapa perlu mengharap kepada manusia? Mengapa kamu perlu merendahkan diri di hadapan orang lain dengan harapan orang itu dapat memberi kamu rezeki?

Allah (SWT) berfirman yang maksudnya: Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

(Hud 11:6)

Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Fatir 35:2)

Jangan bersedih. Kita ada cara untuk menghadapi musibah dan antaranya adalah seperti berikut:

1. Mengharap pahala dan balasan dari Allah SWT

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”

(Az-Zumar 39:10)

2. Menziarahi mereka yang ditimpa musibah

Melihat keadaan mereka yang mempunyai kurang darimu memberi sedikit keselesaan kerana kau tahu bahawa keadaanmu lebih baik daripada ramai orang.

Seorang pujangga berkata:

Jika tidak kerana ramai orang berkabung di sekelilingku,
Yang menangisi saudara-saudaranya,
Aku tentu akan mencabut nyawaku sendiri.

Jadi, lihatlah mereka di sekelilingmu. Tidak akan ada seorang pun yang tidak disentuh oleh kesusahan atau penderitaan. Hargailah bahawa ujian yang melandamu lebih ringan berbanding yang lain.

Jika kau sedar yang ujian kau itu bukan tentang agama kamu, tetapi ujian itu hanyalah hal duniawi, maka redhalah. Ketahuilah bahawa tiada muslihat atau tipu daya boleh digunakan untuk membatalkan perkara yang telah berlaku.

Seorang penyair berkarya:
Jangan gunakan tipu helah untuk mengubah keadaan,
Kerana satu-satunya helah ialah dengan meninggalkan semua tipu daya.


Percayalah bahawa pilihan yang baik atau tidak baik untukmu itu hanyalah milik Allah SWT:

“…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,”

(Al-Baqarah 2:216)


Sumber: Don’t Be Sad oleh Dr Aid al-Qarni

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑