Mendalami Ilmu Sains Membawa Kepada Iman 

Sesungguhnya ilmu sains bukanlah musuh iman dan bukan lawannya. Malah ilmu merupakan bukti yang membawa kepada beriman. Kita dapati ramai saintis yang handal dan bersifat pertengahan telah dipimpin oleh ilmu mereka kepada mempercayai bahawa di sebalik alam semesta ini ada kekuatan tertinggi yang mentadbir, dan nilaian-Nya. 

Ini kerana seorang ahli ilmu lebih berkemampuan dari yang lain dalam memerhatikan ikatan keselarasan dan kemantapan yang wujud dalam alam kejadian ini. Ia jelas terdapat pada setiap sel-sel kehidupan di setiap atom, dalam kejadian langit dan bumi, dalam perbezaan malam dan siang. pada bahtera yang belayar di laut yang memberi faedah untuk manusia, pada air yang diturunkan Allah daripada langit dan bumi. 

Tidak menghairankan jika kita membaca pengakuan ramai pakar sains dalam ilmu fizik dan astronomi yang mengakui adanya Allah dan kebenaran agama, iaitu pengakuan yang dapat memotong lidah orang yang mahu menjadikan ilmu sebagai senjata untuk memerangi agama. 

Ada antara orang yang dikatakan ahli ilmu telah mengikuti perkembangan sains satu atau dua abad yang lalu, tetapi tidak mengikuti perkembangan pesat yang telah berlaku di lapangan ilmu dan fikiran pada abad ini. Mereka lebih sesuai digelar golongan kolot kerana mereka terpenjara dengan pendapat-pendapat yang sudah dilupai. 

Dengarlah apa yang dikatakan oleh para ilmu pada zaman ini. Lihat apa yang dikatakan oleh Profesor Huseil: “Setiapkali bertambahnya skop ilmu maka bertambahlah bukti-bukti yang padat dan kuat akan wujudnya pencipta yang azali, ahli geologi, matematik dan astronomi telah bekerjasama dalam menegakkan benteng ilmu sains iaitu benteng keagungan Allah yang esa.”

Herbert Spencer, seorang polymath Inggeris yang aktif sebagai ahli falsafah, ahli psikologi, ahli biologi, ahli sosiologi, dan ahli antropologi.

Herbert Spencer menambah dengan maksud yang serupa dalam sebuah risalahnya tentang pendidikan dengan katanya: “Ilmu sains bertentangan dengan khurafat tetapi ia tidak bertentangan dengan agama. Terdapat sikap tidak mempercayai Tuhan dalam kebanyakan ahli fizik. Tetapi sains yang sebenar yang menjangkau maklumat luaran dan menyelam ke dalam perut kebenaran adalah suci dari sikap ini. Ilmu fizik tidak menafikan agama. Mempelajari fizik adalah ibadat secara tidak langsung, pengajuan secara senyap terhadap tingginya nilai benda-benda yang kita lihat dan kaji kemudian mengakui kekuasaan penciptanya, bukankah itu satu tasbih. Malah ia adalah tasbih amali.  la bukanlah pengakuan yang didakwa-dakwa tetapi ia adalah pengakuan yang dihasilkan oleh pengorbanan waktu. pemikiran dan pekerjaan. Sains tidak menggunakan cara kuku besi dalam memahamkan manusia tentang wujudnya punca utama iaitu tentang wujudnya Allah. Akan tetapi ia membawa kita melalui jalan yang lebih jelas untuk memahamkan kita betapa mustahilnya memberitahu seluruh batas yang tidak dapat direntasi, kemudian dia menunjukkan kepada kita satu cara yang tidak ada nilai sedikitpun jika dibandingkan dengan orang yang mempunyai akal.

Sesudah itu Spencer membuat beberapa contoh terhadap pendapatnya itu: “Sesungguhnya seorang ahli sains yang melihat setitik air, maka ia tahu bahawa ia mengandungi oksigen dan hidrogen dengan kadar yang tertentu. Sekiranya kadar ini tidak sama ia akan menghasilkan benda lain, bukannya air. Ia mengakui kebesaran, kekuasaan. kebijaksanaan dan keluasan ilmu pencipta. Pengakuan ahli sains fizik terhadap pencipta lebih kuat dan lebih besar daripada pengakuan ahli sains yang bukan fizik yang tidak melihat apa-apa padanya melainkan setitik air sahaja.” 

Begitu juga ahli sains yang melihat seketul salji kecil yang cantik dan halus tidak syak lagi akan merasakan kecantikan, kehalusan dan kebijaksanaan. Penciptanya lebih daripada orang lain yang tidak melihat apa-apa selain dari ia seketul air hujan yang beku kerana terlampau sejuk.

Doktor De Nuwei yang bertugas mengkaji anatomi dan fizik berkata: “Ramai cerdik pandai dan orang yang berniat baik merasakan mereka tidak dapat beriman kepada Allah kerana tidak dapat mengesan-Nya. Orang yang berminat kepada ilmu pengetahuan sains tidak boleh menggambarkan Allah melainkan seperti ahli sains fizik menggambarkan kuasa elektrik, kerana menggambarkan kedua-duanya adalah rosak dan batil.  Kuasa elektrik bukanlah sesuatu yang dapat digambarkan dalam bentuk benda yang nyata. Akan tetapi kesannya lebih nyata daripada sepotong papan.”

Tokoh fizik Sir Arthur Thomson, penulis bangsa Scotland yang terkenal berkata: “Kita berada dalam zaman mainan, bumi-bumi yang keras menjadi lembut, dan ia kehilangan kesan-kesan kebendaannya. Zaman ini kurang sesuai untuk membuat huraian berbentuk kebendaan secara berlebihan.” Beliau berkata dalam kumpulan tulisannya yang bertajuk: “Sains dan Agama”. Orang agama tidak harus berduka pada hari ini kerana tokoh-tokoh fizik tidak dapat sampai kepada pentadbir alam fizik, kerana bukan ini tujuannya. Boleh jadi natijah yang lebih besar daripada ramalan yang akan berlaku sekiranya para ahli sains berjaya mengeluarkan hasil yang melebihi batasan fizik.

Namun kita boleh berbangga kerana para ahli fizik telah memudahkan ahli agama bergerak dalam suasana ilmu yang mana keadaan seumpama itu tidak dapat dirasa oleh datuk nenek kita dahulu, sekali pun ahli-ahli fizik tidak bertugas mencari Allah. Satu sangkaan salah yang dibuat oleh Langdon David dalam bukunya yang bertajuk: “Keindahan Alam Manusia”, kami mengakui bahawa khidmat terbesar yang dilakukan oleh ahli-ahli sains ialah memimpin manusia ke arah bidang pemikiran yang lebih baik dan luas tentang Allah. 

Bukanlah melampaui batas jika kita mengatakan bahawa ilmu sains telah menjadikan bumi dan langit sebagai suatu yang baru bagi insan. Dengan itu ia telah mengerah tenaga akalnya yang maksimum. Maka dalam banyak ketika ia mendapati bahawa kedamaian hanya terdapat dalam kedudukan yang melampaui tahap pemahaman. Ini berlaku pada keyakinan dan ketenteraman terhadap Allah.

Kedai-kedai buku di seluruh alam dipenuhi dengan pelbagai buku bernilai dalam pelbagai bahasa yang dikarang oleh para ilmuan sains yang mendalam dan meluas ilmunya. Semuanya mengarah kepada Allah dan menyeru beriman kepada-Nya. Di sini cukuplah kita tinjau antara buku Inggeris yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dua buah buku yang mendapat sambutan luas di merata dunia.

Pertama: dikarang oleh Abraham Cressy Morrison ketua Akademi sains di New York, anggota majlis tertinggi pusat penyelidikan kebangsaan di Amerika Syarikat dan salah seorang tokoh ahli sains alam pada zaman kini. Tajuk asal buku itu ialah “Manusia Tidak Berdiri Sendiri Tanpa Tuhan”.

Kitab itu diterjemahkan oleh saudara Mahmud Salleh al-Falaki ke dalam bahasa Arab dengan judul yang menunjukkan arah ilmu lain pada abad ini iaitu “Sains Menyeru Kepada Beriman”.

Kedua: sebuah buku yang ditulis bersama oleh tiga puluh orang ahli sains yang pakar dalam bidang-bidang tertentu di Amerika. Setiap mereka menulis satu artikel menerangkan bagaimana dia telah menemui kewujudan Allah dan beriman kepada-Nya mengikut cara dan jalan masing-masing. Buku itu ialah “Allah Terserlah Pada Zaman Sains” dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Dr. Damard al-Sarhan.

Petikan: Kemanisan Iman, Dr. Yusof Al-Qaradhawi

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑