Jom serlahkan bakat anda dengan menyertai Pertandingan Video Kreatif Madani sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 14445H/2023M anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bermula 1 hingga 20 September 2023.
Penyertaan pertandingan adalah melalui muatnaik di salah satu media sosial Facebook, Instagram, Youtube atau Tiktok.
Copywriting video hendaklah disertakan semua hashtag berikut:
iii. #JAKIM
iv. #perpaduanterasmalaysiamadani
Kandungan video hendaklah mempunyai jalan cerita yang membangkitkan kecintaan dan kasih kepada Rasulullah SAW serta dikaitkan dengan tema sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1445H/2023M.
Untuk tema dan syarat pertandingan, sila layari portal JAKIM di PAUTAN ini.
Sebarang pertanyaan, boleh WhatsApp urus setia di talian 03-88707000 atau emel di alamat ukkjakim@islam.gov.my.
Leave a comment