LENSA MYMUSLIMIN: Pantai Tanjong Lobang, Miri, Sarawak

Oleh Mymuslimin.com

Pantai Tanjong Lobang atau dikenali juga sebagai Pantai Brighton, Miri, Sarawak merupakan pantai yang paling digemari pengunjung di bandar ini. Salah satu tarikan Pantai Tanjong Lobang ialah keindahan langit dan suasananya di waktu senja tatkala matahari terbenam, memberi detik-detik romantis yang mengagumkan. Pantai ini juga merupakan tempat riadah keluarga di hujung minggu, ditambah meriah dengan kehadiran Taman Selera yang penuh dengan gerai-gerai pelbagai jenis makanan terutamanya makanan laut untuk dinikmati para pengunjung. Antara aktiviti-aktiviti yang terdapat di pantai ini selain beriadah mesra bersama keluarga ialah berjoging dan memancing.

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑