Oleh Mymuslimin.com
Hidangan tulang rusuk memang istimewa sebab hakikatnya, bukalah mudah hendak memasak tulang rusuk. Tukang masak perlu ada kemahiran mengolah rempah ratus serta perlu mempunyai masa yang mencukupi agar daging tulang rusuk itu fall of the bone dan ‘cair di mulut’. Sebuah restoran yang terkenal dengan hidangan tulang rusuk sedap dan menggiurkan ialah restoran Simply Ribs yang terletak di Lorong Rahim Kajai, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Sos yang menyaluti tulang rusuk lembut (RM69-89) di Simply Ribs ini sedikit pedas dan manis, dengan tekstur melekit, bersesuaian dengan hidangan yang berasaskan daging. Selain sos pedas manis, Simply Ribs juga ada menyediakan tulang rusuk penyet dan juga yang disadur dengan sos cili hijau Mexico, Jalapeño. Hidangan tulang rusuk di sini didatangkan dengan secawan french fries dan beraneka sayur yang dimasak al dente iaitu sedikit kenyal tetapi boleh digigit dan tidak keras.

Hidangan steak juga berbaloi di Simply Ribs dengan pilihan T-Bone, Ribeye 200gm daging Wagyu, Grain Fed & Angus (RM99-RM249), didatangkan dengan dua jenis sos, fries dan sayur. Selain steak daging lembu dan kambing, hidangan ikan dan ayam juga ada termasuk pelbagai hidangan pasta, mi, burger dan sandwiches.

Satu hidangan appetizer yang menarik di Simply Ribs dan perlu diwar-warkan di sini ialah Sup Bawang Perancis, Baked French Onion Soup (RM22). Sup ini dibuat daripada campuran sup daging lembu yang diadun bersama bawang yang telah dikaramelkan, menghasilkan rasa yang cukup lazat dan unik. Sup ini dihidang dengan sepotong roti foccacia yang disadur lelehan keju emmental.

Dan akhirnya, tidaklah sempurna sesi makan kalau tidak mencuba manisannya. Creme Brulee (RM14) di restoran ini memang out of this world! Kastard berkrim dengan lapisan gula perang rapuh di atasnya membuatkan anda menahan diri daripada menempah lebih daripada satu!

Datanglah ke Simply Ribs untuk menikmati tulang rusuk halal dengan rasa yang mewah dan menggiurkan. Sesuai menjadi pilihan untuk meraikan hari-hari istimewa bersama insan tersayang.
Simply Ribs
36, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Buka: 12 tengahari -11 malam
Tutup: Isnin
Leave a comment