Nasi Cargas Penang Dah Sampai Kuala Lumpur!

Oleh Mymuslimin.com

Nasi kandar Cargas ini terkenal di Pulau Pinang kerana kelainan yang ditampilkan berbanding kedai-kedai nasi kandar yang lain. Ini kerana Cargas menampilkan masakan kari dan masakan lain yang lebih cenderung kepada rasa Melayu berbanding kari masyarakat India, dan restoran ini telah  diterima baik masyarakat tempatan. 

Terbaru, Cargas membuka sebuah cawangan di ibu kota yang bertempat di Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail yang dinamakan Cargas Nasi Kandar, dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat nasi kandar tegar dan orang Penang yang nak pekena Cargas di Kuala Lumpur. 

Lauk popular di Cargas Nasi Kandar ini ialah ayam goreng dan ayam bawangnya. Kari campur di Cargas terasa ringan dan tidak ‘banjir’ ketimbang kari nasi kandar yang biasa dimakan di restoran lain. Untuk yang inginkan kuah lebih, minta sahaja tanpa caj tambahan. Setiap hidangan di sini juga akan ditambah dengan selonggok bawang goreng sebagai penambah aroma dan tekstur yang menyelerakan! 

Satu lagi lauk yang digemari di sini ialah telur sotong. Gemuk-gemuk telurnya dan dimasak sempurna. Apa yang kami perasan ialah pelayan di Cargas lebih kepada orang Indonesia dan bukan mamak jadi feel kandaq terasa kurang sikit. Apa-apa pun, nak tahu suuur tak suuurr, marilah datang cuba!

Cargas Nasi Kandar
14, Ground Floor, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Buka: Setiap Hari 10pagi – 10 malam
Tutup: Jumaat

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑