Oleh Mymuslimin.com
MyViets ialah rangkaian restoran Vietnam yang menawarkan pelbagai jenis makanan Vietnam popular dan halal bagi rakyat Malaysia. Mempunyai 12 cawangan di seluruh Malaysia, MyViets menjadi pilihan mereka yang sukakan hidangan dari negara “Mutiara Timur Jauh” ini.


Phở yang disebut feh adalah di antara makanan Vietnam yang terkenal di seluruh dunia. Pho ialah sup yang direneh bersama tulang, dan dimakan dengan mi nasi, serta berjenis daging yang dihiris nipis (kebiasaannya daging lembu, perut, bebola daging dan sebagainya), dihidangkan bersama tauge, herba segar, limau nipis, cili dan hiasan lain.

Phở di MyViets lazat dengan sup yang cukup perisa, dimasak selama 10 jam menurut mereka, dan didatangkan dengan kombinasi daging yang lembut dan sedap. Lima jenis daging yang boleh dipilih termasuk tenderloin, brisket, bebola, perut dan shank. Selain Phở daging lembu, disediakan juga Phở sup ayam yang boleh dicampur dengan udang dan ladu goreng.
Banh-Mi juga ialah makanan Vietnam terkenal, sandwich beroti baguette (roti panjang Perancis) yang diisi dengan daging dan sayuran. MyViets menawarkan Banh Mi daging dan ayam.

Pelbagai jenis mi kering, nasi goreng dan nasi putih berlauk juga ditawarkan di MyViets. Hidangan mesti-cuba apabila berada di restoran Vietnam tentu sekali ialah spring rollnya. Udang rebus, suun dan sayur yang dibalut di dalam kulit popia beras kemudian dimakan bersama cecah cili, memang terangkat!

Dan bila dah sampai MyViets mestilah nak cuba kopi Vietnam yang digemari ramai. Selalunya kopi Vietnam ini sangat pahit dan pekat tetapi di sini, kopi aisnya tidak terlalu manis atau pahit, pendek kata, padu!
MyViets
Location: L1-6K, Residential Highpark, No 1, Jalan SS6/8, SS6 Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor
Buka: 11:30 – 10 malam setiap hari
Leave a comment