ASMAUL HUSNA – AL-AWWALU (Yang Maha Awal)

Asmaul-Husna yang ke-73 ialah Al-Awwalu yang bermakna Tuhan yang Paling Awal. Sesungguhnya awal bagi Allah SWT itu tidak dimulai dengan tiada, ia bererti kewujudan Allah SWT lebih dahulu daripada sekalian makhluk.

Iktibar daripada sifat Allah SWT yang Al-Awwalu itu ialah bahawa manusia juga mestilah memulakan kehidupan mereka dengan kepatuhan dengan segala tafakkur dan tadabbur kepada perintah-Nya, tanpa sebarang cacat cela. Serta melaksanakan kebaikan terhadap Allah SWT, sesama manusia dan makhluk di dunia, sejak dari zaman mumaiyiz (zaman bermulanya mengenali buruk dan baik) sehingga ke alam taklif syara’ (zaman menerima beban tanggungjawab untuk menerima pahala dan dosa daripada perbuatannya oleh Allah SWT).

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑