Hadis 40 Imam Nawawi: Hadis 3 – Rukun Islam Yang Lima

Islam ibarat bangunan

Rasulullah SAW menyamakan Islam dengan bangunan yang kukuh dan tegak di atas tiang-tiang yang mantap.

Daripada Abi Abdul Rahman Abdillah bin Umar bin al-Khattab RA berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 

“Islam didirikan atas lima perkara iaitu: Bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad ialah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadan.”

[Riwayat al-Bukhari no. 8 & Muslim no. 16]

1. Kalimah Syahadah

Kalimah syahadah tentang keesaan Allah dan kekuasaan-Nya serta membenarkan kenabian Muhammad merupakan hal yang paling asas berbanding rukun-rukun yang lain.

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الل

وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

2. Dirikan Solat

Umat Islam dituntut agar mendirikan solat dengan sempurna dengan syarat dan rukunnya, adab-adabnya dan sunah-sunahnya agar dapat merasakan kemanisan buahnya dalam diri seorang Muslim. Dengan itu, seseorang itu dapat meninggalkan perbuatan keji dan mungkar kerana solat itu mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar.

3. Keluarkan Zakat

Wajib mengeluarkan zakat daripada harta orang kaya yang telah cukup nisab (kuantiti) dan haul (tempoh)nya lalu memberikannya kepada asnaf.

8 Golongan Asnaf

  • 1. Fakir.
  • 2. Miskin.
  • 3. Amil.
  • 4. Mualaf.
  • 5. Riqab (gologan yang terbelenggu)
  • 6. Gharimin (golongan yang berhutang).
  • 7. Berjihad di jalan Allah.
  • 8. Musafir.

4. Tunaikan Haji

Wajib menunaikan ibadah haji di Makkah apabila mampu.

5. Puasa

Wajib berpuasa pada bulan Ramadan. Sesiapa yang mengingkari salah satu daripada rukun Islam tersebut maka dia bukan seorang Muslim berdasarkan ijmak ulama.

Iman dan Amal

Di samping rukun Islam yang lima ini banyak lagi perkara lain yang penting dalam Islam seperti sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Iman itu terdapat 70 lebih cabang.”

(Riwayat Muslim no. 58)

Islam adalah iman dan amal perbuatan. Tidak bermanfaat amal tanpa iman. Demikian juga tidak bermanfaat iman tanpa amal.

Sumber: Hadis 40 Imam Nawawi, Zahazan Mohamed & Muhammad Zakaria

One thought on “Hadis 40 Imam Nawawi: Hadis 3 – Rukun Islam Yang Lima

Add yours

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑