1. Ketahuilah bahawa jika kau tidak hidup dalam ruang lingkup hari ini, fikiranmu akan berselerak, urusan menjadi celaru, dan kebimbangan akan bertambah – realiti ini menjelaskan hadis: Daripada Ibn Umar RA katanya, Rasulullah SAW memegang dua bahuku seraya bersabda yang maksudnya: “Jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau orang musafir.” Dan adalah Ibn Umar RA berkata: Jika kamu berada di waktu petang, jangan kamu tunggu sehingga waktu pagi. Jika kamu berada di waktu pagi, jangan kamu tunggu sehingga waktu petang. Ambillah dari waktu sihatmu (bagi persediaan) untuk waktu sakitmu dan ambillah dari waktu hayatmu (bagi persediaan) untuk waktu matimu. (Riwayat al-Bukhari 6053)
2. Lupakan masa lalu dan semua yang terkandung di dalamnya. Mengingati dan meratapi tentang perkara yang sudah tiada adalah suatu kegilaan semata-mata.
3. Jangan terlalu sibuk dengan masa depan. Masa depan adalah di dunia yang ghaib jadi jangan biarkan ia mengganggu sehingga ia muncul kelak.
4. Jangan goyah dengan kritikan; sebaliknya, jadilah seorang yang bersikap tegas. Ketahuilah bahawa tahap kritikan manusia akan meningkat seiring dengan kadar nilai dirimu.
5. Beriman kepada Allah dan beramal soleh adalah ramuan yang membentuk kehidupan yang baik dan bahagia.
6. Sesiapa yang mengimpikan kedamaian, ketenangan, dan keselesaan akan dapat memperolehi semuanya dengan sentiasa mengingati Allah SWT.
7. Yakinlah bahawa segala yang berlaku berlaku itu mengikut ketetapan Ilahi.
8. Jangan mengharapkan terima kasih daripada sesiapa.
9. Apa yang telah berlaku adalah yang terbaik untuk dirimu (walaupun engkau mungkin tidak memahami apakah maksudnya pada waktu itu).
10. Hitunglah nikmat Allah SWT, dan sentiasalah bersyukur ke atas segala nikmat yang diberi.
11. Situasimu adalah lebih baik daripada ramai orang yang lain.
12. Dalam masa susah dan senang, seseorang itu harus terus bersolat dan berdoa kepada-Nya.
13. Sesungguhnya setiap kesulitan itu ada kemudahan.
14. Jangan biarkan perkara remeh menjadi punca kehancuranmu.
15. Sesungguhnya Tuhanmu adalah Maha Pengampun.
16. Hindari diri daripada api kemarahan yang merosakkan. Sentiasa berusaha untuk jangan marah… jangan marah… dan jangan marah.
17. Hidup adalah roti, air, dan tempat berteduh, jadi janganlah terganggu oleh kekurangan apa-apa perkara material lain. “Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.” (Az-Zariyat 51:22)
18. Lihatlah mereka yang ditimpa musibah, dan bersyukurlah.
19. Apabila Allah SWT mengasihi sesuatu kaum, Dia menjadikan mereka tabah menghadapi segala ujian.
20. Sentiasalah mengulangi doa-doa yang Nabi SAW ajarkan kepada kita ucapkan semasa kesusahan.
21. Bekerja keras pada sesuatu yang produktif, dan buangkan sikap malas.
22. Jangan sebarkan khabar angin, dan janganlah mendengar cakap mereka. Jika anda terdengar khabar angin secara tidak sengaja, maka janganlah mudah untuk percaya.
23. Kebencian dan usahamu untuk membalas dendam adalah lebih berbahaya kepada kesihatan dirimu sendiri berbanding dengan bahaya musuh anda.
24. Kesusahan yang menimpamu akan menebus dosa-dosamu.
Sumber: Don’t be Sad by Dr A’id Al-Qarni
Leave a comment