ASMAUL HUSNA – AL-AKHIRU (Yang Maha Akhir) 

Asmaul Husna yang ke-74 ialah Al-Akhiru membawa makna Tuhan yang tidak mempunyai titik akhir tentang kewujudan-Nya. Oleh kerana Dia adalah Zat maha Suci paling awal, maka Dia juga Tuhan Yang Maha Suci, yang terakhir-Nya tanpa titik penyudah.

Orang-orang mukmin hendaklah memulakan dan mengekalkan cara hidup yang baik dengan beramal soleh dan bertakwa kepada Allah SWT. Maka demikian juga jangan ada ruang kecil pun dalam kehidupan mereka dalam diisi dengan keburukan. Sama ada kelemahan pegangan akidah dan sikap, atau keburukan dalam amal ibadah. Sebelum datang saat ajal yang menamatkan riwayat hidup mereka yang sementara ini.

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑