Pertempuran yang sedang berlaku di Gaza, Palestin semakin sengit dan mendukacitakan. Sehingga kini beribu-ribu nyawa warga Palestin telah terkorban dan serangan masih diteruskan ke atas tanah Gaza oleh mereka yang rakus dan tidak bertanggungjawab. Sebagai umat Islam, apabila sesuatu musibah atau bencana menimpa, kita disunatkan untuk membaca Qunut Nazilah di dalam solat sebagai doa kepada yang Maha Esa, memohon pertolongan-Nya.
Rasulullah SAW membaca Qunut Nazilah ketika berlaku perkhianatan dan pembunuhan ke atas beberapa sahabat Baginda SAW. Antaranya Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa:
“Bahawasanya Ri’lan, Zakwan, Usaiyah dan puak Lahyan meminta bantuan daripada Nabi Muhammad SAW untuk menyediakan kepada mereka beberapa orang lelaki untuk memerangi musuh mereka. Maka Baginda SAW menghantarkan kepada mereka 70 orang lelaki dari golongan Ansar yang dikenali sebagai al-Qura’ (penghafaz al-Quran). Maka mereka ini membantu untuk mengumpul katu api pada siang dan bermunajat kepada ALLAH pada waktu malam. Ketika mana mereka (golongan Ansar) sedang berada di lembah Ma’una, mereka dibunuh dan dikhianato. Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah, Baginda membaca Qunut (Nazilah) selama sebulan dalam solat Subuh mendoakan (kecelakaan) ke atas puak Arab, Ri’lan, Zakwan, Usaiyah dan puak Lahyan.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Berdasarkan nas dan perbahasan para ulama, Qunut Nazilah perlu dibaca ketika umat Islam ditimpa musibah besar yang boleh memudaratkan agama dan umat secara keseluruhan sama ada diperangi secara nyata atau dikhianati musuh.
Umat Islam diharuskan untuk membaca Qunut Nazilah dalam solat fardu ketika Muslim ditimpa musibah besar yang boleh memudaratkan agama kita dan umat Islam secara keseluruhannya sama ada diperangi secara nyata atau dikhianati musuh.
Qunut Nazilah juga disunatkan untuk dibaca secara jelas (jahar) dan disunatkan untuk mengangkat tangan. Ia dibaca pada rakaat terakhir solat fardu setelah bangun daripada rukuk.

Bacaan Rumi Qunut Nazilah
اللهم إنا نجعلك فى نحور اعداءنا
Allahumma inna naj ‘aluka fi nuhuri ‘ada ina
و نعوذ بك من شرورهم
Wana’u dzubika min syururihim
اللهم بدد شملهم. و فرق جمعهم
Allahumma baddid syamlahum. Wafarriq jam ‘ahum
وشتت کلمتهم. و زلزل أقدامهم
Wasyattit kalimatahum. Wazalzil aqda mahum
وسلط عليهم کلبامنکلابك
Wasallitt ‘alaihim kalbam mingkila bik
يا قهار ياجبار يا منتقم يا الله يا الله يا الله
Ya qahhar ya jabbar ya muntaqimu ya allahu ya allahu ya allah
اللهم يا منزل الکتاب يا مجري السحاب
Allahumma ya munzilalkitab ya mujriyas saahab
يا هزم الأ حزاب اهزمهم وانصرنا عليهم
Ya hazimal ahzab ihzihum ihzihum ihzihum wansurna ‘alaihim
Dari Sungai ke Segara, Palestin pasti merdeka! Insya-Allah.
Rujukan: Maktabah Albakri
Leave a comment