Kisah Nabi Idris (AS)
وَٱذْكُرْ فِى ٱلْكِتَـٰبِ إِدْرِيسَ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ صِدِّيقًۭا نَّبِيًّۭا(٥٦)
وَرَفَعْنَـٰهُ مَكَانًا عَلِيًّا(٥٧)
Maksud: “Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Idris; sesungguhnya adalah ia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta ia seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.“
(Maryam 19: 56-57)
Allah SWT menyebut Nabi Idris (إدريس) a.s., Datuk Nabi Nuh, manusia pertama yang menulis dengan pena, menjahit pakaian, dan memakai kain berjahit, dengan tiga sifat, yaitu berikut.
1. Dia adalah seorang shiddiq, yaitu selalu membenarkan tanda-tanda kekuasaan Allah SWT.
2. Seorang rasul dan nabi. Dia mendapatkan wahyu dari Allah SWT berupa syariat, diperintahkan untuk menyampaikan kepada kaumnya. Allah SWT telah menurunkan kepadanya tiga puluh shahifah (lembaran lembaran) sebagaimana disebutkan di dalam hadits Abu Dzar.
3. Allah mengangkatnya ke tempat yang tinggi, maksudnya, meninggikan darjatnya dan memuliakannya dengan kenabian, serta menjadikannya orang yang memiliki kedudukan tinggi. Hal ini sebagai mana yang difirmankan kepada Nabi Muhammad SAW:
“Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.”
(Ash-Syarh 94:4)
Imam Muslim dalam Shahihnya meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bertemu dengannya di langit keempat ketika isra’ dan mi’raj.
Dan sudah semestinya bahawa seseorang tidak diangkat ke langit kecuali karena memiliki kedudukan dan darjat yang mulia.
Menurut Imam ar-Razi, yang tepat dari maksud sifat ketiga di atas ialah ketinggian tempat, yaitu ke tempat yang tinggi. Kerana ketinggian yang disertai dengan penyebutan tempat maksudnya adalah ketinggian dalam tempatnya, bukan dalam darjat. Namun menurut saya, yang lebih tepat ialah ketinggian darjat. Kerana tidak ada perbezaan dalam penyebutan makaan (tempat) dan makaanah (kedudukan).
Penyebab dari ketinggian darjat Nabi Idris a.s. adalah kerana dia banyak beribadah; dia berpuasa di siang hari dan beribadah di malam hari. Wahab bin Munabbih menyebutkan bahawa setiap hari ibadah yang dilakukan Nabi Idris a.s. yang diangkat ke langit seperti ibadah seluruh penduduk bumi pada zamannya.
Para pemilik sifat-sifat mulia ini adalah teladan bagi orang-orang Mukmin. Sifat-sifat tersebut juga sifat-sifat yang dimiliki orang-orang yang ikhlas. Allah SWT memulai pembicaraan-Nya dengan Nabi Muhammad SAW dengan perintah untuk memiliki sifat-sifat mulia tersebut dan memulai firman-Nya dengan pembicaraan yang diarahkan kepada beliau terlebih dahulu. Hal ini kerana beliau adalah teladan bagi umatnya dan teladan tertinggi bagi kaum Mukmin untuk selamanya.
Rujukan: Tafsir Al-Munir, Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili Jilid 8
Leave a comment