ASMAUL HUSNA – (ADZ-DZAHIRU) Yang Maha Terang Dan Jelas

Asmaul Husna yang ke-75 ialah Adz-Dzahiru yang bermakna Tuhan Yang Terang dan Jelas. Kejelasan sifat Allah SWT itu ialah daripada Qudrat-Nya menciptakan pelbagai makhluk, sehingga begitu terang dan amat menyerlah kekuasaan-Nya. Sekiranya diperhatikan kejadian alam maya dan cakerawala yang dipenuhi berbilion bintang yang beredar dengan teratur, maka amat terserlah bagi mereka yang mengakui kewujudan Allah SWT hingga begitu nyata. 

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑