Oleh Mymuslimin.com
Kepada mereka yang menggemari kek, pastri dan manisan yang comel, berwarna-warni dan menyelerakan, marilah singgah ke KLY Cakes Cafe yang bertempat di Seremban 2, Negeri Sembilan. Kafe KLY yang sebutannya KayLee ini bertempat di lot sudut, bangunannya dicat putih dan dihiasi awning biru greek, memberi pengunjung perasaan seperti berada di sebuah kafe di negara Eropah.

Berjenis-jenis manisan, pastri dan kek ditawarkan KLY Cakes Cafe, membuatkan pengunjung keliru nak pilih yang mana satu. Kopi segar juga disediakan bagi peminat kopi, lengkap dengan barista untuk mengadun cappucino, latte, macchiato, espresso, mengikut kegemaran anda. Tapi, kafe secomel ini jika digandingkan dengan jamuan teh, gambar yang diambil tentu sekali akan menjadi lebih menarik. Teh di sini dihidang di dalam teko English dua tingkat yang cantik lagi praktikal.


Selain manisan, KLY Cakes Cafe juga menyediakan makanan tengahari seperti hidangan pasta, sandwich, bagel, nasi dan sebagainya. Dekor kafe ini memang menawan dan menyediakan banyak sudut sesuai untuk anak muda yang gemar membuat konten dan OOTD. Satu sahaja yang kami rasa kurang sedikit, tiada muzik dimainkan untuk membangkit suasana.


KLY Cakes Cafe dimiliki oleh Puan Khalilah Mohamad yang mempunyai sarjana dalam pendidikan komputer, memulakan perniagaan kek dalam talian pada 2010 dan membuka Kly Cakes Cafe pada tahun 2021.
KLY (Kay Lee) Cakes Cafe
429-G, Jln Haruan 4, Oakland Industrial Park, 70200 Seremban, Negeri Sembilan
Buka: 11 pagi – 7 malam (Setiap Hari Kecuali Isnin)
Leave a comment