Soalan
Apakah hukum seorang Islam bekerja di bank konvensional? Adakah ia dibenarkan?
Penjelasan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke Hari Akhirat.
Allah SWT berfirman:
(٨٨) وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُونَ
Maksudnya: “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman.”
(Surah al-Ma’idah 5:88)
Ayat ini jelas menunjukkan kewajipan mencari dan memakan rezeki yang halal lagi baik. Lafaz makan dalam ayat ini adalah umum merangkumi segala perbuatan yang lain seperti minum, pakai, menaiki dan sebagainya 1. Hal ini termasuklah bekerja bagi menyara kehidupan seharian, mestilah ditekankan agar punca rezeki dan mata pencarian datangnya daripada sumber yang halal.
Hal ini kerana, setiap apa yang menjadi rezeki atau yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.
Ia jelas berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Mas‘ud R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لاَ تَزُولُ قَدَمَا ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاَهُ وَمَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَمَاذَا عَمِلَ فِيمَا عَلِمَ
Maksudnya: “Kaki anak Adam akan tetap tegak berdiri di sisi Tuhannya pada hari Kiamat hingga dia ditanya tentang lima perkara (iaitu): tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana dia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut) dia belanjakan dan apa sahaja yang telah dia lakukan dari ilmu yang dimilikinya.”
(Riwayat al-Tirmizi 2416)
Berkenaan isu bekerja di bank konvensional, umum mengetahui bahawa bank konvensional merupakan salah satu institusi kewangan yang wujud di Malaysia sebelum adanya bank islamik. Kedua-duanya daripada industri yang sama namun pada hakikatnya, ia berbeza daripada sudut pengurusan, penghasilan dan sebagainya.
Perbezaan yang ketara di sini boleh dilihat pada keuntungan dalam perbankan Islam diperoleh daripada transaksi yang dibenarkan oleh syarak seperti kontrak jual beli. Manakala faedah dalam perbankan konvensional pula, diperoleh secara langsung daripada kontrak pinjaman dan ini tidak dibenarkan oleh syarak kerana membawa kepada riba.
Dalam bab ini, isu yang berlaku ialah bila mana seseorang itu bekerja di bank konvensional yang mana kebanyakan transaksi yang dijalankan adalah melalui sistem riba, sedangkan Allah SWT berfirman:
وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
Maksudnya: “Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.”
(Surah al-Baqarah 2:275)
Juga dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir R.A bahawasanya:
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ الرِّبَا وَمُؤْكِلَهُ وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ وَقَالَ هُمْ سَوَاءٌ
Maksudnya: “Rasulullah SAW telah melaknat orang yang memakan harta riba, orang yang menjadi wakilnya (orang yang memberi makan hasil riba), orang yang menuliskan dan dua orang yang saksinya, (dan selanjutnya), Nabi bersabda, mereka itu semua sama saja.”
(Riwayat Muslim 1598)
Ini merupakan dalil yang menunjukkan pengharaman berurus niaga dengan mereka yang menjalankan proses atau transaksi riba termasuklah juga mereka yang bekerja dengan bank konvensional yang mengamalkan transaksi riba. Hal ini sama seperti membantu mereka dalam perkara kebatilan2.
Allah SWT berfirman:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿٢﴾
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).”
(Surah al-Ma’idah 5:2)
Meskipun begitu, adakah kesemua jenis bahagian dalam bank tersebut yang tergolong dalam kalangan mereka yang disebutkan dalam hadis di atas? Sehubungan dengan itu, mereka yang bekerja di bank konvensional ini boleh dikategorikan kepada dua golongan, iaitu3:
Golongan Pertama: Mereka yang bekerja secara langsung dengan transaksi riba, maka pekerjaan itu hukumnya adalah haram. Antara pekerjaan yang terlibat secara langsung dengan transaksi riba termasuklah mereka yang bertugas sebagai teller (melayan pelanggan dalam melakukan transaksi di bank), pegawai pemasaran (mempromosi produk-produk konvensional kepada pelanggan), penganalisis kredit (orang yang menganalisis kelayakan penerima pinjaman), account officer (pegawai yang melakukan pemantauan terhadap kelancaran pembayaran kredit oleh pelanggan), bahagian admin kredit, akauntan, pegawai audit, barisan kepimpinan bank dan seumpamanya.
Golongan Kedua 4: Mereka yang bekerja tidak terkait langsung dengan transaksi riba seperti pegawai keselamatan, cleaner dan selainnya, maka pekerjaan sebegini adalah harus. Hal ini kerana pekerjaan mereka tidaklah berkait dengan sebarang transaksi riba sama ada memasarkan produk, menyediakan produk, mengisi perjanjian dan sebagainya lantas mengeluarkan mereka daripada tergolong dalam mereka yang disebutkan dalam hadis.
Berdasarkan penjelasan di atas, apa yang dapat kami nasihatkan ialah mereka yang sudah melibatkan diri dalam dunia pekerjaan di bank konvensional, mereka perlu berusaha sebaik mungkin untuk mencari pekerjaan halal yang lain. Wallahu A‘lam.
Sumber: PMWP
Rujukan
- Syamsuddin al-Qurtubi, al-Jami‘ li Ahkam al-Quran, Tahkik: Ahmad al-Burduni & Ibrahim Atfisy, (Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyyah, cetakan ke-2, 1384H/1964M), 6/263.
وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلالاً طَيِّباً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي أَنْتُمْ بِهِ مُؤْمِنُونَ (88)
قَوْلُهُ تَعَالَى: (وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلالًا طَيِّباً) فِيهِ مَسْأَلَةٌ وَاحِدَةٌ: الْأَكْلُ فِي هَذِهِ الْآيَةِ عِبَارَةٌ عَنِ التَّمَتُّعِ بِالْأَكْلِ وَالشُّرْبِ وَاللِّبَاسِ وَالرُّكُوبِ وَنَحْوِ ذَلِكَ. وَخُصَّ الْأَكْلُ بِالذِّكْرِ، لِأَنَّهُ أَعْظَمُ الْمَقْصُودِ وَأَخَصُّ الِانْتِفَاعَاتِ بِالْإِنْسَانِ. ↩︎ - Yahya bin Syaraf al-Nawawi, al-Minhaj Syarh Sahih Muslim bin al-Hajjaj, (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, cetakan ke-2, 1392H), 11/26.
هذا تصريح بتحريم كتابة المبايعة بين المترابيين والشهادة عليهما وَفِيهِ تَحْرِيمُ الْإِعَانَةِ عَلَى الْبَاطِلِ وَاللَّهُ أَعْلَمُ
↩︎ - Taqiuddin al-Nabhani, al-Nizam al-Iqtisadi fi al-Islam, (Beirut-Lubnan: Dar al-Ummah, cet.6, 2004), hlm. 93-94.
وكذلك لا تجوز الإجارة على عمل من أعمال الربا، لأنه إجارة على منفعة محرمة، ولأنه قد روى ابن ماجه عن طريق ابن مسعود عن النبي صلى الله عليه وسلم “أنه لعن آكل الربا ومؤكله وشاهديه وكاتبه”. أما موظفو المصارف (البنوك) ودوائر القطع وجميع المؤسسات التي تشتغل بالربا فإنه ينظر، فإن كان العمل الذي استؤجروا له جزءا من أعمال الربا، سواء نتج عنه وحده الربا، أم نتج عنه مع غيره من الأعمال ربا، فإنه يحرم على المسلم القيام بهذا العمل، وذلك كالمدير والمحاسبين والمدققين، وكل عمل يؤدى منفعة تتصل بالربا، سواء أكان اتصالها بشكل مباشر، أم غير مباشر.
Muhammad Taqi al-‘Uthmani, Fiqh al-Buyu‘ ‘ala al-Mazahib al-Arba‘ah, (Damsyik: Dar al-Qalam, cet.3, 2020), 2/1031-1032.
فإن كانت الوظيفة تتضمن مباشرة العمليّات الربويّة، أو العمليّات المحرّمة الأخرى، فقبول هذه الوظيفة حرام، وذلك مثل: التعاقد بالربا أخذًا أو عطاءً، أو حسم الكمبيالات، أو كتابة هذه العقود، أو التوقيع عليها، أو تقاضي الفوائد الربويّة، أو دفعها، أو قيدُها في الحساب بقصد المحافظة عليها، أو إدارة البنك، أو إدارة فرع من فروعه، فإنّ الإدارة مسؤولةٌ عن جميع نشاطات البنك التي غالبها حرام.
ومن كان موظّفًا في البنك بهذا الشكل، فإنّ راتبَه الذي يأخذه من البنك كله من الأكساب المحرّمة. ↩︎ - Al-Nabhani, al-Nizam al-Iqtisadi, hlm.94.
أما الأعمال التي لا تتصل الربا، لا بشكل مباشر، ولا غير مباشر، كالبوّاب، والحارس، والكنّاس، وما شاكل ذلك، فإنه يجوز، لأنه استئجار على منفعة مباحة، ولأنه لا ينطبق عليه ما ينطبق على كاتب الربا وشاهديه. ومثل موظفي المصارف وموظفو الحكومة، الذين يشتغلون بعمليات الربا، مثل الموظفين الذين يشتغلون في تحضير القروض للفلاحين بربا، وموظفي المالية الذين يعملون بما هو من أعمال الربا، وموظفي دوائر الأيتام، التي تقرض الأموال بالربا، فكلها وظائف محرمة يعتبر من يشتغل بها مرتكبًا كبيرة من الكبائر، لأنه ينطبق عليه أنه كاتب للربا أو شاهده، وهكذا كل عمل من الأعمال التي حرمها الله تعالى، يحرم أن يكون المسلم فيه أجيرًا.
Muhammad Taqi al-‘Uthmani, Fiqh al-Buyu‘ ‘ala al-Mazahib al-Arba‘ah, (Damsyik: Dar al-Qalam, cet.3, 2020), 2/1032-1033.
أمّا إذا كانت الوظيفة ليس لها علاقةٌ مباشرةٌ بالعمليات الربوية، مثل: وظيفة الحارس، أو سائق السيارة، أو العامل على الهاتف، أو الموظف المسؤول عن صيانة البناء، أو المعدّات، أو الكهرباء، او الموظّف الذي يتمحّض عمله في الخدمات المصرفية المباحة، مثل: تحويل المبالغ، والصرف العاجل للعملات، وإصدار الشيك المصرفي، أو حفظ مستندات الشحن، أو تحويلها من بلد إلى بلد، فلا يحرم قبولها إن لم يكن بنيّة الإعانة على العمليّات المحرّمة، وإن كان الاجتناب عنها أولى، ولا يحكم في راتبه بالحرمة… ↩︎
Leave a comment