Peringatan Al-Quran

Tafsir Ringkas Surah al-Anbiyaa’ Surah 21 : Ayat 78-82

Kisah Nabi Daud A.S. & Nabi Sulaiman A.S.

“Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Daud dengan Nabi Sulaiman, ketika mereka berdua menghukum mengenai tanaman-tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya pada waktu malam; dan sememangnya Kamilah yang memerhati dan mengesahkan hukuman mereka. Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur? Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya; dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Dan (Kami mudahkan) sebahagian dari Syaitan-syaitan untuk menyelam baginya, serta melakukan kerja-kerja yang lain dari itu; dan adalah Kami mengawal mereka (daripada melanggar perintahnya).”

(Al-Anbiyaa’ 21:78-82)

Tafsir dan Penjelasan

Allah SWT mengisahkan tentang ujian antara pemilik ladang dan penggembala. Kemudian Allah SWT menyebutkan nikmat agung yang khusus diberikan kepada Nabi Daud a.s. dan Nabi Sulaiman a.s.. Adapun kisah pemberian keputusan antara pemilik kebun dan penggembala, sebagaimana yang dituturkan oleh kebanyakan ulama tafsir dan ar-Razi adalah seperti berikut.

Ada seorang penggembala yang kambingnya memakan rumput pada malam hari serta memakan tanaman pemilik kebun. Mereka berdua mengajukan perkara tersebut kepada Nabi Daud a.s.. Hasil keputusan Nabi Daud a.s. mengatakan bahawa kambing tersebut menjadi kepunyaan pemilik kebun.

Kemudian Sulaiman a.s. yang waktu itu berusia sebelas tahun berkata, “Jangan seperti itu, kasihanilah mereka berdua” Sulaiman a.s. pun mengemukakan cadangan agar si penggembala menyerahkan kambing-kambingnya kepada pemilik kebun supaya boleh dimanfaatkan air susunya, anaknya, dan bulunya. Sementara itu, pemilik kebun menyerahkan kebunnya kepada si penggembala untuk dirawat hingga kembali seperti semula dan dikembalikan semula kepada pemiliknya masing-masing. Keputusan hukum yang diberikan oleh Nabi Daud as. dan Nabi Sulaiman a.s. berdasarkan hasil ijtihad.

Adapun ketentuan hukum syari’at kita berdasarkan pendapat Imam asy-Syafi’i adalah keharusan membayar ganti rugi untuk sesuatu yang dirosakkan pada malam hari. Kerana kebiasaannya pengembala mengikat binatang ternakan mereka pada malam hari. Begitu juga keputusan hukum yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam kes unta milik al- Barra` r.a. ketika binatang itu masuk ke dalam kebun dan merosakkan tanaman yang ada. 

Baginda SAW bersabda yang maksudnya: 

“Para pemilik harta (ladang, kebun) berkewajiban menjaga hartanya di siang hari, dan para pemilik binatang ternak berkewajiban menjaga binatang ternaknya pada malam hari”

Manakala menurut Abu Hanifah, tidak ada pampasan melainkan haiwan itu bersama penjaganya. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah saw. dalam hadits,

جُرْحُ الْعُجَمَاء جُبَار

“Kerosakan yang diakibatkan oleh binatang adalah sia-sia (tidak ada ganti rugi).”*

(HR Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah dari Hiram bin Sa`d bin Muhayyishah.)

Ertinya ialah apa sahaja yang dirosakkan oleh binatang adalah sia-sia, tidak ada ganti rugi ke atasnya.

Adapun nas Al-Qur’an dalam hukum ini adalah:

وَدَاوُۥدَ وَسُلَيْمَـٰنَ إِذْ يَحْكُمَانِ فِى ٱلْحَرْثِ إِذْ نَفَشَتْ فِيهِ غَنَمُ ٱلْقَوْمِ وَكُنَّا لِحُكْمِهِمْ شَـٰهِدِينَ(٧٨) 

فَفَهَّمْنَـٰهَا سُلَيْمَـٰنَ ۚ وَكُلًّا ءَاتَيْنَا حُكْمًۭا وَعِلْمًۭا ۚ

Wahai Rasul, ingatlah kisah Daud a.s. dan Sulaiman a.s. tatkala keduanya memberikan putusan dalam kasus tanaman yang dirusak dan dimakan oleh kambing-kambing pada malam hari. Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Menyaksikan putusan yang diambil oleh keduanya, tiada sesuatu pun yang tersembunyi dari-Nya.

Akan tetapi, Allah SWT memberikan pemahaman lebih kepada Nabi Sulaiman a.s. tentang keadilan, hikmah, dan keputusan hukum (fatwa) yang benar dan raajih, sehingga keputusan hukumnya lebih tepat. Meskipun demikian, Allah SWT memberi keduanya kenabian, langkah yang baik dalam menyelesaikan perkara, ilmu dan pemahaman yang benar berkenaan berbagai urusan. 

Hal ini menunjukkan penegasan keputusan kedua secara umum ialah kesilapan mujtahid sama sekali tidak mencemarkan kredibilitinya, walaupun keputusan yang benar ialah satu, iaitu keputusan hukum yang diberikan oleh Nabi Sulaiman AS.

Ayat (فَفَهَّمْنَاهَا سُلَيْمَانَ) mengungkapkan kurnia yang diberikan Allah SWT kepada Nabi Sulaiman a.s. ketika ia masih kecil. Ibnul Arabi berkata, ketika Allah SWT menyebutkan keduanya dalam ayat ( إِذْ يَحْكُمَانِ فِى ٱلْحَرْثِ) Dia tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa mereka berdua adalah hakim dalam kes itu. Kerana dua hakim untuk satu perkara hukum adalah tidak boleh. Walau bagaimanapun, setiap daripada mereka memainkan kedudukan mereka sebagai hakim bebas dan Sulaiman a.s. memahami kes ini dengan lebih tepat.

Nikmat Allah SWT Kepada Nabi Daud a.s.

Adapun nikmat-nikmat Allah SWT kepada Nabi Daud a.s. adalah berikut ini.

Pertama (وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُۥدَ ٱلْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَٱلطَّيْرَ ۚ وَكُنَّا)

Allah SWT menundukkan gunung-gunung dan burung-burung agar bertasbih bersama dengan Nabi Daud a.s. kerana ia memiliki suara yang sangat merdu ketika membaca kitabnya, yaitu kitab Zabur. Tatkala Nabi Daud a.s. sudah mulai membaca kitab Zabur, burung-burung yang ada di udara pun berhenti dan menyahutnya dengan bertasbih. Begitu pula dengan gunung-gunung. Itu semua memberi kesan pada perasaan dan emosinya, membuatnya ingin selalu bertasbih.

Ketika Rasulullah SAW mendengar suara Abu Musa al-Asy’ari membaca Al-Qur’an, beliau menyebutnya seperti yang dijelaskan dalam hadits yang diriwayatkan oleh Ahmad, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a., serta oleh an-Nasa’i dari Aisyah r.a.,

لَقَدْ أُوتِيَ مِزْمَارًا مِنْ مَزَامِيرِ آلِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَام

“Sungguh, ia telah dikurniai sebahagian daripada suara merdu Nabi Daud a.s..”

(HR Ahmad, an- Nasa’i, dan Ibnu Majah)

Di sini gunung disebutkan terlebih dahulu daripada burung kerana penaklukan gunung jauh lebih ajaib dan kuat dalam menunjukkan kuasa Ilahi, serta lebih mengagumkan kemukjizatannya. Ini kerana gunung ialah benda mati, sedang-kan burung makhluk hidup yang hanya tidak mampu berbicara.

Hadits ini diriwayatkan oleh al-Jama’ah (Ahmad, Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, an-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah) dari Abu Hurairah r.a..

Gunung-ganang dan burung-burung ini mampu bercakap kerana Allah SWT mencipta kebolehan untuk bercakap dengan mereka, seperti pokok-pokok dalam kisah Nabi Musa AS. yang boleh bercakap dengan Musa a.s. Ketika Nabi Daud a.s. berdzikir kepada Allah SWT, gunung-gunung dan burung menyahuti dengan berdzikir bersama dengan Nabi Daud a.s..

Kami berkuasa melakukan hal itu meskipun itu ajaib bagi kamu. ( وَكُنَّا فَـٰعِلِينَ ) Di antara ayat yang memiliki semangat serupa adalah

“Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka.”

(al-Israa’ 17:44)

Kedua, (وَعَلَّمْنَـٰهُ صَنْعَةَ لَبُوسٍۢ لَّكُمْ لِتُحْصِنَكُم مِّنۢ بَأْسِكُمْ ۖ فَهَلْ أَنتُمْ شَـٰكِرُونَ)

Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?

Sebelum itu, perisai hanya berbentuk lempengan. Beliaulah yang pertama kali membentuknya menjadi baju, sebagaimana firman Allah SWT dalam ayat,

” Dan juga telah melembutkan besi baginya; (Serta Kami wahyukan kepadanya): “Buatlah baju-baju besi yang luas labuh, dan sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki; ”

(Saba’ 34: 10-11) 

Ertinya, jangan buat bulatan terlalu lebar dan jangan buat pin sambungan (paku) terlalu tebal. Supaya baju besi ini dapat menjaga dan melindungi tubuh daripada bahaya pertempuran seperti cedera, terbunuh dan dipukul.

Adakah kita bersyukurkah kepada Allah SWT atas limpah kurniaNya mengajar Nabi Daud AS. kemahiran membuat perisai untuk kamu semua? Ini adalah kalimat pertanyaan yang mengandung perintah untuk memberikan penekanan sekaligus kecaman. Iaini, bersyukurlah kalian kepada Allah SWT karena temuan tersebut. Maksud dari (البأس) di sini adalah pertempuran.

Di sini terdapat petunjuk bahawa yang pertama kali menemukan baju besi adalah Nabi Daud as. Kemudian manusia belajar kepakaran tersebut daripadanya dan mewarisinya secara turun-temurun sehingga nikmati dapat dirasakan oleh semua pasukan yang berperang hingga ke akhir masa.

Nikmat Allah SWT Kepada Nabi Sulaiman a.s.

Adapun nikmat Allah SWT kepada Nabi Sulaiman a.s. sebagaimana yang dikatakan oleh Qatadah adalah warisan kerajaan dan kenabian Nabi Daud a.s. serta dua tambahan lagi yaitu angin dan syaitan yang ditundukkan untuknya, seperti yang dijelaskan dalam lanjutan ayat berikutnya,

Pertama (وَلِسُلَيْمَـٰنَ ٱلرِّيحَ عَاصِفَةًۭ تَجْرِى بِأَمْرِهِۦٓ إِلَى ٱلْأَرْضِ ٱلَّتِى بَـٰرَكْنَا فِيهَا ۚ)

Kami tundukkan angin yang bertiup keras dan kencang untuk Nabi Sulaiman as. Kami jadikan angin itu patuh kepadanya, pada waktu yang sama angin itu juga lembut dan lunak. Ia berhembus menuruti perintah Nabi Sulaiman a.s., tunduk kepada arahannya, menerbangkannya ke pelbagai wilayah tanah suci yang diberkati, yaitu negeri Syam. Nabi Sulaiman a.s. dapat pergi bersama rombongannya ke mana saja di pagi hari dan pada hari itu juga mereka boleh kembali lagi ke rumahnya.

Angin tersebut memiliki dua sifat, pertama ia lembut, dan dalam masa yang sama ia sangat kuat, dan patuh kepada Nabi Sulaiman a.s. dan berhembus sesuai keinginan Nabi Sulaiman a.s..

Allah SWT Maha Mengetahui segala sesuatu, Maha Mengetahui Pengaturan-Nya. (وَكُنَّا بِكُلِّ شَىْءٍ عَـٰلِمِينَ )

Allah SWT tidak memberi Nabi Sulaiman a.s. kerajaan, kenabian, dan tidak menundukkan angin untuknya melainkan kerana Allah SWT mengetahui hikmah, maslahat, dan kelayakan di dalamnya. Dengan demikian, Nabi Sulaiman a.s. dan kaumnya bersyukur kepada Zat Yang memberi mereka nikmat serta mengetahui mukjizat-mukjizat yang nyata tersebut.

Kononnya Nabi Sulaiman a.s. memiliki karpet luas terbuat dari kayu yang dapat mengangkut segala keperluan yang berkaitan dengan kerajaan seperti kuda, unta, khemah, dan kumpulan tentera. Kemudian Nabi Sulaiman mengarahkan tentera anginnya untuk meniup permaidani kayu. Angin masuk ke bawah permaidani, lalu diangkat dan diterbangkan mengikut kehendak Nabi Sulaiman a.s. Dalam perjalanan itu, sekumpulan burung membuat payung di atasnya. Apabila dia sampai ke destinasinya, dia turun dan peralatan yang diangkut dipunggah.

Allah SWT berfirman yang maksudnya:

“Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendaK ditujunya;”

(Saad 38:36)

“Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan;” 

(Saba’ 34:12)

Kedua (وَمِنَ ٱلشَّيَـٰطِينِ مَن يَغُوصُونَ لَهُۥ)

Dan Kami tundukkan untuk Nabi Sulaiman a.s. sekelompok syaitan yang menyelam ke laut dalam untuk mengambil mutiara, marjan, dan berbagai batu mulia lainnya. Kata (الغُوصُ) ertinya turun ke dalam air (menyelam).

Syaitan-syaitan itu mengerjakan pekerjaan-pekerjaan untuk Nabi Sulaiman a.s seperti membina kota, istana-istana, gedung-gedung tinggi, patung-patung, periuk-periuk yang besar dan yang lainnya. (وَيَعْمَلُونَ عَمَلًۭا دُونَ ذَٰلِكَ ۖ)

Allah SWT berfirman:

“Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing). Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu.”

(Saad 38: 37-38)

“Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya…”

(Saba’ 34:13)

Barangan industri termasuk alat pengilangan, botol dan sabun. Kita jaga perbuatan syaitan, jaga Nabi Sulaiman a.s. dari orang-orang yang ingin menyakitinya. Kami menjadikan Nabi Sulaiman a.s. mempunyai kuasa mutlak ke atas mereka dan dia boleh membebaskan atau menahan mana-mana daripada mereka. Oleh itu, dalam ayat di atas dinyatakan

“Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu.”

(Saad 38: 37-38)

Sumber: Tafsir Al-Munir, Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili, Jilid 9

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑