Oleh Mymuslimin.com
Kay’s Steak & Lobster menawarkan pilihan hidangan mewah dan lazat seperti Udang Karang Hidup Atlantik, Daging Steak Wagyu Tomahawk Australia, Daging Steak Kagoshima A5 Wagyu dari Jepun yang memenangi anugerah dan beraneka hidangan kulinari premium. Di Kay’s Steak & Lobster juga anda boleh mencuba hidangan popular Beef Wellington, hidangan daging tenderloin yang dibalut dengan pastri rangup kuning keemasan, yang selama ini hanya dilihat di kaca televisyen.
Walaupun Kay’s Steak & Lobster menampilkan hidangan kulinari Barat, semua hidangan di Kay’s Steak & Lobster diiktiraf Halal oleh Jakim Malaysia, tiada keraguan untuk dinikmati semua.

Tatarias moden di Kay’s Steak & Lobster dengan rona nada bumi sejuk memberi suasana ekslusif dan istimewa kepada para pelanggan. Walau bagaimanapun, restoran ini hanya menerima pelanggan secara tempahan mengikut slot masa yang ditawarkan dan tidak dibuka kepada pelanggan walk-in, dan setiap tempahan diberi had 2 jam ketika masa puncak, dan mereka juga tidak menerima bayaran wang tunai.

Hidangan Udang Karang Hidup Atlantik di sini berharga RM42 setiap 100gm dan berat udang dalam lingkungan 600-800gm. Tiga jenis masakan ditawarkan untuk Udang Karang Hidup Atlantik dan semuanya menggiurkan! Selain seekor udang karang, Kay’s Steak & Lobster juga memberi pilihan lobster roll dan bisque, sejenis sup yang pekat berisi udang karang. Kesimpulannya, hidangan Udang Karang di sini memang besar, segar dan sedap, berbaloi dengan harga yang ditawarkan!

Kay’s Steak & Lobster juga memberi banyak pilihan steak dari tenderloin, ribeye, striploin, dan bagi mereka yang mempunyai bajet lebih, Wagyu sememangnya pilihan! Untuk kumpulan besar yang gemar steak, Tomahawk juga ada dengan harga RM580 sekilo, sesuai untuk dimakan 4 hingga 6 orang mengikut saiz steak dan mengambil masa sejam untuk disediakan. Beef Wellington di sini ditawarkan dengan harga RM299 untuk 300gm tenderloin, sesuai untuk dinikmati 2 orang.

Hidangan utama di Kay’s Steak & Lobster memang mewah dan dekaden tetapi terdapat juga hidangan dengan harga berpatutan seperti Creamy Carbonara (RM35), Salted Egg Soft Shell Crab Pasta (RM38), Ayam Parmigiana (RM35), Mac & Cheese (RM32), Aglio Olio dan banyak lagi.

Pendek kata, restoran ini sangat bertepatan disantuni untuk meraikan hari-hari istimewa atau melayani pelanggan penting dan istimewa. Kualiti makanan di sini tip-top dan layanan yang diterima sesuai dengan konsep yang ditampilkan iaitu kasual fine dining. Kay’s Steak & Lobster mempunyai 3 cawangan di Lembah Klang iaitu di Ampang, Putra Heights dan Putrajaya.
Kay’s Steak & Lobster (Putra Heights, Subang Jaya)
25, Jalan Putra Mahkota 7/6b, Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor
Buka: 11 pagi – 11 malam setiap hari kecuali Jumaat 4 petang – 11 malam
Leave a comment