ASMAUL HUSNA – (AL-WALI) Yang Maha Memerintah

Asmaul Husna yang ke-77 ialah Al-Wali yang bermaksud Pemerintah atau Tuhan Tempat Bersetia, Penjaga Urusan Makhluk. Adapun makhluk yang berada di bawah kekuasaan atau penjagaan Allah SWT itu mempunyai pelbagai kedudukan. 

Ada yang mewah dan ada yang susah. Ada yang kaya, di samping tidak kurang juga orang yang miskin. Ada yang sihat, ada dan banyak lagi yang sakit.

Oleh itu manusia juga mesti mengambil iktibar sebagai penjaga daripada sifat Allah SWT yang Al-Wali itu terutama terhadap orang-orang di bawah jagaannya yang pelbagai keadaan. Susah atau senang mesti dilindungi dengan saksama. Bukan hanya memberi perhatian kepada golongan yang baik dan mengabaikan mereka yang kurang baik. Allah SWT yang menamakan diri-Nya Al-Wali untuk menjaga semua makhluk-Nya walau dalam keadaan dan kedudukan apa sekalipun hamba-Nya itu. 

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑