Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA,
أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: يَنزِلُ رَبُّنَا(سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى) كُل لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِيْنَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ. يَقُولُ: مَنْ يَدْعُوْنِي، فَأَسْتَجِيْبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي، فَأُعْطِيَهُ. مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي، فَأَغْفِرَ لَهُ.
Ertinya: Bahawa Rasulullah bersabda, “Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Dia berfirman, ‘Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku, maka Aku berikan kepadanya. Sesiapa yang meminta ampun kepada-Ku, maka Aku berikan keampunan kepadanya.””
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud (dua riwayat), al-Tirmizi, al-Nasa’i, Ibnu Majah, dan Ibnu Hibban-lafaz al-Bukhari. Menurut al-Tirmizi, hadis ini hasan shahih. Tahkik Sunan Abi Daud: Kedua-dua sanadnya sahih. Tahkik Sunan Ibni Majah: Sanadnya sahih. Tahkik Shahih Ibni Hibban: Sanadnya sahih melalui para perawi al-Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah,
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: يَنْزِلُ اللَّهُ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا كُلَّ لَيْلَةٍ حِيْنَ يَمْضِي ثُلُثُ اللَّيْلِ الْأَوَّلُ، فَيَقُولُ: أَنَا الْمَلِكُ، أَنَا الْمَلِكُ. مَنْ ذَا الَّذِي يَدْعُونِي، فَأَسْتَجِيْبَ لَهُ. مَنْ ذَا الَّذِيْ يَسْأَلُنِي، فَأُعْطِيَهُ. مَنْ ذَا الَّذِي يَسْتَغْفِرُنِي، فَأَغْفِرَ لَهُ. فَلَا يَزَالُ كَذلِكَ حَتَّى يُضِيْءَ الْفَجْرُ. وَفِي رِوَايَةٍ لِابْنِ مَاجَهْ زِيَادَةٌ: فَلِذلِكَ كَانُوْا يَسْتَحِبُّوْنَ صَلَاةَ آخِرِ اللَّيْلِ عَلَى أَوَّلِهِ.
Ertinya: Daripada Rasulullah, Baginda bersabda, “Allah turun ke langit dunia pada setiap malam ketika berakhirnya satu pertiga malam yang pertama, lalu berfirman, ‘Akulah raja, Akulah raja. Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku akan perkenankannya. Sesiapa yang meminta kepada-Ku, maka Aku akan berikan kepada-Nya. Sesiapa yang meminta keampunan kepada-Ku, maka Aku akan ampuninya. Keadaan tersebut berterusan sehingga terbitnya fajar (waktu subuh).” Dalam riwayat Ibnu Majah terdapat penambahan: Oleh sebab itu, mereka (salafussoleh) suka mengerjakan solat di akhir malam berbanding di awalnya
(Riwayat Muslim, al-Tirmizi, al-Nasa’i, dan Ibnu Majah-lafaz Muslim. Menurut al-Tirmizi, hadis ini hasan shahih. Tahkik Sunan Ibni Majah: Sanadnya sahih.)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata,
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : يَنْزِلُ اللهُ فِي السَّمَاءِ الدُّنْيَا لِشَطْرِ اللَّيْلِ أَوْ لِثُلُثِ اللَّيْلِ الآخِرِ، فَيَقُولُ: مَنْ يَدْعُوْنِي، فَأَسْتَجِيْبَ لَهُ. أَوْ يَسْأَلُنِي، فَأَعْطِيَهُ. ثُمَّ يَقُولُ: مَنْ يُقْرِضُ غَيْرَ عَدِيْمٍ وَلَا ظَلُوْمٍ ؟!
Ertinya: “Rasulullah bersabda, Allah turun ke langit dunia ketika berbaki separuh malam atau sepertiga malam yang akhir, lalu berfirman, ‘Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku akan perkenankannya. Atau sesiapa yang meminta kepada-Ku, maka Aku akan berikannya.’ Kemudian, Dia berfirman, ‘Siapakah yang ingin memutuskan (amalan dan hartanya selain orang yang fakir dan di- lalu dipersembahkan kepada Allah zalimi?!”””
(Riwayat Muslim)
Diriwayatkan daripada Rifa’ah al-Juhani RA, beliau berkata,
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : إِنَّ اللهَ يُمْهِلُ. حَتَّى إِذَا ذَهَبَ مِنَ اللَّيْلِ نِصْفُهُ أَوْ ثُلُثَاهُ، قَالَ: لَا يَسْأَلُنَّ عِبَادِي غَيْرِيْ. مَنْ يَدْعُنِي، أَسْتَجِبْ لَهُ. مَنْ يَسْأَلْنِي، أَعْطِهِ. مَنْ يَسْتَغْفِرْنِي، أَغْفِرْ لَهُ.حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ.
Ertinya: “Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya Allah menangguhkan (pemberian permohonan hamba). Sehingga apabila berlalunya separuh malam atau dua pertiganya, Dia berfirman, ‘Para hamba-Ku hendaklah tidak memohon kepada pihak selain-Ku. Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku akan perkenankan baginya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku, maka Aku akan berikan kepadanya. Sesiapa yang meminta ampun kepada-Ku, maka Aku akan mengampuninya.’ (Perkara tersebut berterusan) sehingga terbitnya fajar (waktu subuh).”
(Riwayat al-Nasa’i, Ibnu Majah, dan Ibnu Hibban-lafaz Ibnu Majah. Tahkik Sunan Ibni Majah: Hadis ini sahih. Tahkik Shahih Ibni Hibban: Sanadnya hasan)
Pengajaran
Penurunan Allah ke langit dunia boleh ditakwilkan dengan maksud yang sesuai dengan hak-Nya, iaitu penurunan rahmat.
Kelebihan menghidupkan sepertiga malam terakhir dengan ibadah kerana waktu tersebut adalah waktu yang sukar untuk bangun dan ramai manusia masih tidur.
Ibadah qiamullail dapat menjadikan seseorang itu mulia dan merupakan amalan yang selalu dilakukan oleh orang-orang soleh.
Sumber: Hadis Qudsi: Menelusuri Hikmah di Sebalik Firman Allah SWT oleh Muhammad Yusuf A Kadir
Leave a comment