Refleksi: Memohon Keampunan Allah SWT Membuka Pintu-Pintu Yang Terkunci

Ibn Taymiyah berkata: Apabila aku keliru dalam pemahaman aku tentang sesuatu isu dalam agama, aku segera memohon kepada Allah SWT untuk mengampuniku seribu kali – mungkin lebih sedikit atau mungkin kurang sedikit. Kemudian Allah SWT membuka apa yang terkunci untukku, lalu aku memahami.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

Maksudnya:Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;

(Nuh 71:10-11)

Salah satu cara untuk memperoleh ketenangan hati adalah dengan sentiasa memohon keampunan daripada-Nya. Malah dosa boleh bertukar kepada rahmat jika ia menyebabkan orang yang beriman bertaubat kepada Tuhannya. Dalam al-Musnad, diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Allah tidak menetapkan qada bagi seseorang hambaNya, kecuali qada itu baik baginya.”

Berkenaan dengan hadis ini, Ibnu Taimiyah ditanya, “Malah dosa?” Baginda SAW menjawab, “Ya, jika disusuli dengan taubat, penyesalan, memohon keampunan, dan perasaan menyesal yang tulus kerana telah melakukan kesalahan.”

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”

(An-Nisa’ 4:64)

“Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran)…”

(Ali Imran 3:140)

“Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.”

(An-Naziat 79:46)

Aku sering mengkagumi tatkala merenung riwayat beberapa tokoh sejarah terkenal. Walaupun mereka mendepani kesukaran, namun bagi mereka kesusahan itu ibarat lembutnya titisan air. Di barisan hadapan kumpulan elit ini ialah Rasulullah SAW. Baginda SAW berada di dalam gua bersama Abu Bakar RA, tatkala musuh-musuhnya berada begitu dekat dengan mereka, dan Baginda SAW berkata kepada sahabatnya itu: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita“. (At-Taubah 9:40) Berita gembira dari alam ghaib di mulut gua: Wahyu yang membawa kepada kebahagiaan dunia.

Sejurus sebelum perang Badar, Nabi SAW dengan bersemangat memakai baju besinya sambil berkata:

“Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari.”

(Al-Qamar 54: 45)

Dalam perang Uhud, setelah beberapa sahabat Baginda SAW syahid dan yang lain cedera, Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya: Dalam perang Uhud, setelah beberapa sahabat Baginda SAW syahid dan yang lain cedera, Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya:

Berbarislah di belakangku untuk memuji Tuhanku!”

Ini adalah keazaman dan kemahuan seorang Nabi SAW yang mampu, dengan kehendak Allah SWT, menggoncang gunung-ganang.

Qays ibn ‘ Aşim al-Manqari, yang terkenal di kalangan orang Arab kerana kesabarannya, pernah menceritakan sebuah kisah kepada beberapa sahabatnya apabila seorang lelaki datang dan memberitahu Qays, “Anakmu telah dibunuh. Anak Fulan ialah penjenayahnya.” Qays tidak memendeknya cerita lelaki itu, sebaliknya terus bertenang sehingga lelaki itu selesai memberitahunya. Kemudian dia berkata, “Mandikan anakku, kafankan dia, dan izinkan aku berdoa untuknya

“Dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil.”

(Al-Baqarah 2:177) 

Ikrimah ibn Abi Jahal (RA) telah ditawarkan air di ambang kematiannya, dan dia berkata, “Tawarkan kepada si fulan.” Terdapat sebilangan daripada mereka yang kesemuanya hampir mati, dan masing-masing mengutamakan orang di sebelahnya berbanding diri sendiri; dengan paparan persaudaraan yang indah ini, mereka semua mati.

Sentiasalah memohon keampunan kepada Allah SWT kerana Allah SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Sumber: Don’t Be Sad oleh Dr. Aid Al-Qarni

One thought on “Refleksi: Memohon Keampunan Allah SWT Membuka Pintu-Pintu Yang Terkunci

Add yours

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑