Serangan panik dan kemurungan boleh terjadi kepada kita semua. Walaupun Islam memberi kita kekuatan daripada segi iman, ini tidak bermakna kita mempunyai kekebalan untuk menghalang serangan panik dan kemurungan daripada berlaku. Mengalami kemurungan tidak bermakna seseorang tidak mempercayai Allah SWT dan ketetapan-Nya atau membuatkan seseorang itu kurang keimanan.
Hakikat bahawa seseorang itu masih sangat bergantung kepada Allah, walaupun menghadapi cabaran mental, menunjukkan betapa teguhnya iman yang ada dalam dirinya.
Untuk menguruskan serangan panik dan kemurungan, kita boleh menggunakan pendekatan holistik dan menyeluruh. Walaupun doa ialah sebahagian daripada amalan orang Islam, ia juga perlu disertai dengan cara yang betul dengan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menguruskan kesihatan mental seperti mendapatkan bantuan profesional.
Penyelesaian untuk menguruskan masalah kebimbangan dan kemurungan ini tidak semestinya terhad kepada ritual tertentu. Seseorang yang mengalami masalah kesihatan mental perlu mendapatkan campur tangan dan sokongan perubatan yang sesuai. Mencari dan meminta bantuan tidak menjadikan anda seorang yang lemah. Sebaliknya, inilah tindakan seseorang yang kuat dan berani.
Untuk bantuan psikologi dan sokongan emosi, dail TALIAN HEAL di 1555.

Allah SWT mengingatkan kita di dalam Firman-Nya yang bermaksud:
ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ ٱللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ (٢٨)
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
( Ar-Ra’d, 13:28)
Kita perlu mengingati Allah SWT dan terus berusaha mendapatkan pertolongan-Nya. Disediakan 6 doa yang boleh diamalkan ketika menghadapi kebimbangan dan kemurungan:
Doa Di Kala Kesulitan

Rasulullah SAW mengajarkan doa ini kepada Asma’ binti ‘Umais ketika mengalami suatu kesulitan.
اللهُ اللهُ ربِّي لَا أُشرِكُ به شيئًا
Allah, Allah, Rabbi La Ushriku Bihi Syai’a
“Allah, Allah adalah Tuhanku. Aku tidak menyekutukanNya dengan sesuatupun.”
(Sunan Abi Daud)
Dua Nabi Yunus AS

Ketika terperangkap di dalam perut ikan paus, tanpa kelihatan walau sekelumit cahaya dan seolah-olah sudah tiada jalan keluar, Nabi Yunus AS meletakkan harapan dan tawakkalnya kepada Allah SWT dan membaca doa berikut:
لاَّ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin
“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.
(Al Anbiya, 21:87)
Doa Memohon Perlindungan Dari Malapetaka, Kesengsaraan & Musibah

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ
Allahumma inni a’uzu bika min jahdil-bala’, wa darki shaqa’, wa su’il-qadha’, wa shamatatil-a’da’
“Ya Allah sungguh Aku berlindung kepadamu dari bencana/wabah yang menyusahkan, bertemu dengan binasa, Qadha yg dirasa buruk dan caci maki musuh.”
(Sahih Al-Bukhari)
Doa Untuk Mencapai Ketenangan Hati Daripada Gelisah

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Rabbi-shrah li sodri, wa yassir li amri, wahlul uqdatan min lisani yafqohu qawli
“Wahai Tuhanku! Lapangkanlah bagiku, dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataanku.”
(Taha, 20:25-28)
Doa Untuk Mencapai Keyakinan Kepada Allah SWT

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
Robbana, ‘alaika tawakkalna, wa ilaika anabna, wa ilaikal-masir
“Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali.”
(Al-Mumtahanah, 60:4)
Doa Ketika Kesusahan

Allah SWT akan akan memberi sesiapa yang membaca ini 7 kali pada waktu pagi atau petang kecukupan yang mana perkara yang mendatangkan kesedihan kepadanya:
حَسْبِيَ اللَّهُ لآ إلَهَ إلَّا هُوَ، عَلَيْهَ توَكَّلتُ، وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
HasbiyAllahu la illaha illa Huwa, ‘alayhi tawakkaltu, wa Huwa Rabbul arshil azim
“Cukuplah Allah (sebagai pelindung) bagiku. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, kepadaNyalah aku bertawakkal dan dialah Tuhan yang menguasai Arasy yang agung.”
(Sunan Abi Daud)
Allah sentiasa bersama mu dimana pun kamu berada, Insya’Allah. Dapatkan bantuan sewajarnya yang anda perlukan, selain daripada memohon doa-doa ini. Kesejahteraan mental adalah penting dan kita mempunyai kewajipan untuk menjaganya. Mendapatkan campur tangan dan sokongan perubatan profesional adalah penting dan sememangnya sebahagian daripada usaha (ikhtiyar) untuk memperbaiki diri.
Semoga Allah meringankan kebimbangan, ketakutan dan kegelisahan dalam dirimu dan memberi ketenangan, ketenangan dan kesembuhan. Amin.
Sumber: Muslim.SG
Leave a comment