Lebih daripada 1 bilion umat Islam sedang menunaikan tanggungjawab berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Bergantung kepada lokasi negara anda di dunia, masa berpuasa berlainan di seluruh dunia dalam lingkungan 12 sehingga hampir 18 jam bergantung kepada bila matahari terbenam di negara tersebut. Negara-negara di hemisfera utara berpuasa sehingga 16 hingga 18 jam dan mereka yang berada di bahagian selatan bumi berpuasa paling singkat kerana matahari cepat terbenam di sana.
Umat Islam di Malaysia berpuasa sekitar 13 hingga 14 jam iaitu daripada lebih kurang 6 pagi sehingga Maghrib lebih kurang 7 setengah petang.
Mymuslimin.com menyenaraikan antara negara yang berpuasa paling lama dan yang paling singkat.
Leave a comment