Bengkok Jari Kaki Dalam Sujud, Apakah Ianya Wajib? 

Soalan

Saya ingin bertanya tentang soal bengkokkan jari kaki (memerutkan jari kaki) dalam sujud. Adakah ia satu kewajiban? 

Penjelasan 

Merujuk kepada soalan yang diajukan, sujud merupakan salah satu rukun solat yang wajib disempurnakan bagi memastikan sah solat. Sayyidina Ibnu ‘Abbas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda;

أُمِرْتُ أنْ أسجُدَ على سبعةِ أعظُمٍ؛ على الجبهةِ – وأشارَ بيدِه إلى أنفِه – واليدينِ، والرُّكبتينِ، وأطرافِ القدَمينِ 

Maksudnya : Aku disuruh sujud di atas tujuh anggota iaitu dahi – Baginda SAW mengisyaratkan kepada hidung – kedua tangan , dua lutut dan dua kaki.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Anggota sujud adalah tujuh iaitu ;

  1. Dahi (disyaratkan tidak berlapik). Sunat meletakkan hidung di tempat sujud.
  2. Dua telapak tangan
  3. Dua lutut
  4. Dua kaki 

Disyaratkan ketika sujud, mesti meletakkan perut jari kaki (bahagian bawah) di atas lantai sehingga menghala ke kiblat. Jika seseorang hanya meletakkan hujung jari kaki atau bahagian belakangnya di atas lantai maka sujud tidak sempurna dan tidak sah solat dan sekurang-kurangnya satu jari mesti dilipat bagi kedua-dua kaki kanan dan kiri.

Adapun bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan atau keuzuran yang menghalang melakukan kaedah sujud di atas maka perkara tersebut dimaafkan.

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor

One thought on “Bengkok Jari Kaki Dalam Sujud, Apakah Ianya Wajib? 

Add yours

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑