Kenali London Central Mosque

Oleh: Mymuslimin.com

London Central Mosque ialah sebuah masjid yang terletak berhampiran dengan Regent’s Park di London, United Kingdom. Reka bentuknya telah diilhamkan oleh Sir Frederick Gibberd.  

Pada tahun 1940, Kerajaan British telah dipujuk untuk mempersembahkan tapak di London kepada komuniti Islam Great Britain. Kabinet perdana menteri Winston Churchill kemudian membenarkan pengambilalihan tapak untuk membina sebuah masjid di London pada 24 Oktober 1940.

Tapak utama bersebelahan dengan Hanover Gate di Regents Park berkeluasan hampir 2.3 ekar telah dipersembahkan oleh Kerajaan British sebagai hadiah tanpa syarat kepada komuniti Islam di Britain supaya mereka boleh menjalankan urusan berkaitan Agama Islam. 

Walau bagaimanapun, pembinaan masjid ini hanya bermula pada tahun 1974.

Ia mengambil masa lebih dua tahun untuk disiapkan dengan kos £6 juta, dengan sumbangan murah hati daripada H.M King Faisal dari Arab Saudi. Ia kemudiannya disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Sheikh Zayed dari Emiriah Arab Bersatu.

Dewan utama London Central Mosque boleh memuatkan lebih 5,000 jemaah, dengan wanita bersembahyang di balkoni yang menghadap ke dewan. 

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑