Takbir hari raya amat dekat di hati masyarakat Islam kita dengan alunan sentimental yang dilagukan masyarakat Islam kita. Ia berjaya merakam detik kemenangan yang menyentuh hati dan manis selepas sebulan berpuasa dan berusaha untuk menjadi versi terbaik diri kita.
Takbir pada dasarnya adalah perkataan Arab yang bermaksud menyatakan kebesaran Allah SWT. Setiap hari, kita menyaksikan dan menyatakan kebesaran Allah SWT dalam solat lima waktu kita. Pada Hari Raya Aidilfitri, adalah sebahagian daripada sunnah untuk bertakbir menyambut Aidilfitri dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT setelah kita diberkati-Nya dengan bulan Ramadan.
Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran di dalam ayat yang sama tentang bulan Ramadan:
وَلِتُكمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلىٰ ما هَداكُم وَلَعَلَّكُم تَشكُرونَ
Maksudnya: “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.”
(Surah Al-Baqarah, 2:185)
Ayuh kita sama-sama memeriahkan malam dan pagi Hari Raya Aidilfitri dengan memperbanyakkan bacaan Takbir Raya bersama-sama insan tersayang dan saudara seagama. Lelaki dan perempuan boleh sama-sama bertakbir, mengagungkan kebesaran Allah SWT.
Dalam artikel ini, kami telah menyediakan untuk anda panduan bertakbir:
Takbir Aidilfitri
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ
Allāhu Akbar، Allāhu Akbar, Allāhu Akbar
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ
Lā ilāha illallāhu wallāhu Akbar، Allāhu Akbar walillāhil-hamd
(Dibaca 3 kali)
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ
Allāhu Akbar، Allāhu Akbar, Allāhu Akbar
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً
Allāhu Akbar kabirā, Walhamdulillāhi kathīrā، Wasubhānallāhi bukratan wa aṣīlā
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ، وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ
Lā ilāha illallāhu، walā na’budu illā iyyāhu mukhliṣīna lahuddīn, Walau karihal kāfirūn
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ
Lā ilāha illallāhu wahdah, ṣadaqa wa’dah، wanaṣara ‘abdah
وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ
wa a’azza jundahu، wahazam-al ahzāba wahdah
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
Lā ilāha illallāhu wallāhu Akbar
اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ
Allāhu Akbar walillāhil-hamd
Dalam kitab Fiqh klasik (mazhab Syafi’i), Hasyiyah Al-Bajuri, disebutkan bahawa disunnahkan (digalakkan) membaca selawat selepas takbir:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَعَلَى أَصحَابِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَعَلَى أَزْوَاجِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَعَلَى ذُرِّيَّةِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَسلِّمْ تَسلِيمًا كَثِيرًا
Allāhumma ṣolli ‘ala sayyidinā Muhammad, wa ‘ala āly sayyidinā Muhammad, wa ‘ala ashabi sayyidinā Muhammad, wa ‘ala azwāji sayyidinā Muhammad, wa ‘ala zurriyati sayyidinā Muhammad, wa sallim tasliman kathira

Waktu bertakbir bermula pada Maghrib menjelang Aidilfitri dan diakhiri dengan solat sunat Aidilfitri pada hari berikutnya. Anda boleh bertakbir pada bila-bila masa dalam tempoh yang disebutkan, walaupun selepas solat Isyak, sebagaimana yang dilihat oleh Imam An-Nawawi dalam kitabnya Al-Azkar.
Anda boleh bertakbir sendirian atau bersama ahli keluarga atau jemaah lain di masjid. Dalam dunia di mana kita semakin akrab dengan platform dalam talian, anda juga boleh melakukan takbir dalam talian bersama ahli keluarga, saudara mara dan rakan anda yang jauh di perantauan.
Semoga artikel ringkas melaungkan takbir raya ini memberi manfaat kepada semua. Semoga Allah SWT kurniakan kami kemenangan hakiki menyambut Aidilfitri.
Wallahu A’lam.
Sumber: Muslim.SG