Buku Pilihan: Biografi Aisyah binti Abu Bakar 

Aisyah ialah seorang gadis Arab yang cepat matang daripada segi fizikal. Beliau tinggi lampai semasa remajanya. Daripada beberapa kisah yang diketahui, Aisyah berkulit putih kemerah-merahan, wajahnya bersinar, cantik dan sedap mata memandang. Beliau mencapai kemuncak sifat zuhud dan qana’ah, pernah mempunyai hanya sehelai pakaian…” 

Karya Sulaiman An-Nadari ini membawa kita mengenali Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.a. yang bukan hanya isteri kepada Rasulullah SAW, beliau juga merupakan ilmuwan fikah yang hebat, mengetahui asas ilmu perubatan, pernah mengetuai pasukan tentera dan pemikir strategi perdamaian. 

Penulis buku ini Sulaiman An-Nadari ialah seorang ulama terkenal berasal dari India. Beliau merupakan seorang yang mahir dalam sejarah Islam abad ke-20. Kemahiran beliau dalam penulisan sirah dibukukan dalam beberapa karya terkenal dan menjadi rujukan di seluruh dunia. 

Karya beliau yang berjudul ‘Biografi Aisyah binti Abu Bakar’ ini menceritakan kisah dan ibrah mengenai seorang tokoh wanita yang agung iaitu Saidatina Aisyah r.a. Ummul Mukminin yang menjadi sumber teladan umat Islam sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW sehinggalah selepas kewafatan Baginda. 

Terbitan: PTS Publishing House, Bilangan Muka Surat: 409

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑