Peringatan Al-Quran

Manusia yang beriman kepada apa yang diturunkan oleh Allah SWT, iaitu Al-Quran dan beriman dan membenarkan apa yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ismail a.s., Nabi Ishaq a.s., Nabi Ya’qub a.s. dan para anak cucu Nabi Ya’qub. Kerana inti semua yang diturunkan Allah SWT kepada mereka adalah sama. seperti yang dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya,

“Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur.” (An-Nisa’ 4:163)

Manusia juga dibenarkan apa yang telah diberikan kepada Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s., iaitu Taurat dan Injil. Tetapi iman kepada Al-Quran perlu didahulukan kerana Al-Quran merupakan kitab suci yang terjaga dan kekal untuk selamanya berbanding kitab-kitab suci lain yang telah lenyap, dimanipulasi dan banyak diubah.

Oleh itu, barangsiapa yang mencari selain Islam (iaitu pengesaan Allah SWT dan memasrahkan diri kepada-Nya) sebagai agama, maka itu secara pasti tidak akan diterima dan mereka termasuk dalam golongan mereka yang rugi secara total.

Rujukan: Tafsir Al-Munir Jilid 2

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑