Hadis 40 Imam Nawawi – Hadis 38: Syarat Mendekatkan Diri Kepada Allah

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Sesiapa memusuhi wali-Ku, maka Ku-izinkan dia diperangi. Tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan suatu amal yang lebih Ku-sukai daripada jika dia mengerjakan amal yang telah Ku-wajibkan kepadanya. Dan Hamba-Ku sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunah hingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, melihat dan sebagai kakinya untuk berjalan dan jika dia meminta kepada-Ku pasti Ku-beri dan jika dia minta perlindungan kepada-Ku pasti Ku-lindungi.

(Riwayat al-Bukhari no. 6502)

Huraian

Siapa Wali Allah?

Wali Allah ialah orang yang melakukan ketaatan kepada Allah. Allah SWT berfirman:

أَعُوْذُ بِاللّٰهِ مِنَ الشَّيْطٰانِ الرَّجِيْمِ

أَلَآ إِنَّ أَوْلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (٦٢) ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَكَانُوا۟ يَتَّقُونَ (٦٣) 

Maksudnya: “Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.”

(Surah Yunus 10:62-63)

Rukun Untuk Mendapat Taraf Kewalian

  • Beriman kepada Allah.
  • Bertakwa.

Darjat Umat Islam Dalam Al- Quran

  • Orang yang menzalimi diri sendiri. Mereka ini umat Islam yang bergelumang dengan dosa.
  • Golongan pertengahan iaitu orang yang menunaikan kewajipan dan menjauhi larangan. Mereka ialah wali-wali Allah.
  • Orang yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam melaksanakan kebaikan, tidak terbatas melakukan kewajipan dan berlumba melakukan sunah. Bukan sahaja menjauhi yang haram, malah berlumba-lumba menjauhi yang makruh.

Amalan Yang Paling Afdal

  • Melakukan perkara yang diwajibkan Allah SWT.
  • Meninggalkan perkara yang diharamkan Allah.
  • Solat
  • Keadilan pemimpin terhadap orang yang dipimpin.

Mendekatkan Diri Dengan Allah

Kalimah “Hamba-Ku bertaqarrub (mendekatkan dirinya) kepada-Ku dengan suatu (perbuatan) fardu yang Aku sukai yang Aku perintahkan kepada-Nya” menyatakan bahawa yang sunah tidak boleh didahulukan daripada yang wajib.

Suatu perbuatan yang sunah mestinya dilakukan jika yang wajib sudah dilakukan, dan tidak disebut menjalankan sunah sebelum yang wajib dilakukan.

Hal ini ditunjukkan oleh kalimah “Hambaku senantiasa bertaqarrub kepada-Ku dengan melakukan amalan-amalan sunah sehingga Aku mencintainya,” iaitu kerana dia bertaqarrub dengan amalan sunah yang mengiringi amalan wajib.

Apabila seorang hamba sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunah, maka hal itu akan menjadikannya orang yang dicintai Allah.

Sumber: Hadis 40 Imam Nawawi, Zahazan Mohamed & Muhammad Zakaria

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑